HOME > HEALTH CENTER > HEALTH INFORMATION

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Dan Anda


By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Fri Apr 27, 2018 5:24pm

FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK BAYI DAN ANDA

Kebaikan penyusuan susu ibu amatlah jelas. Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan penyusuan secara eksklusif selama ENAM BULAN. Berdasarkan kajian saintifik antarabangsa, kebaikan susu ibu adalah seperti berikut.

Menyusukan bayi anda dengan susu ibu boleh mengurangkan risikonya untuk mendapat:
  1. Jangkitan kuman
  2. Cirit-birit dan muntah-muntah
  3. Sindrom kematian bayi mengejut
  4. Leukemia
  5. Kencing manis
  6. Obesiti
  7. Penyakit kardiovaskular semasa dewasa
Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko anda mendapat:
  1. Kanser payudara
  2. Kanser ovari
  3. Osteoporosis (tulang rapuh)
  4. Penyakit kardiovaskular
  5. Obesiti

Fakta menarik mengenai penyusuan susu ibu di Malaysia:
  • Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia (NBP) dipinda pada tahun 2005 mengesyorkan ”Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun.”
  • Frasa “Susu ibu adalah pemakanan terbaik untuk bayi” tertera pada mana-mana susu rumusan bayi yang dijual di Malaysia. Ini adalah kerana inisiatif NBP oleh Kerajaan Malaysia.
  • Sebuah kajian yang dilakukan pada tahun 2006 menunjukkan bahawa hanya 14.5% golongan ibu di Malaysia menyusui anak dengan susu ibu sahaja. Kadar ini rendah berbanding kadar purata seimbang di Asia Tenggara dan Asia Pasifik iaitu 29% sehingga tahun 2010.
  • Golongan ibu di Malaysia boleh mendapat pelepasan cukai untuk membeli peralatan penyusuan ibu. Pelepasan cukai ini sehingga RM1000 dan boleh dituntut setiap dua tahun sekali. Ini akan memudahkan golongan ibu untuk menghasilkan susu badan atau disimpan semasa berjauhan dari bayi. 
Rujukan:
1) Malaysian Dietary Guidelines by the Ministry of Health Malaysia. Key message 12. (Updated 2013)

 

 






 

Healthy Liver

By Webmaster | Malaysia | Fri Apr 13, 2018 5:27pm

 Read More >
 
 

Genuine Medicines: Getting It Right

By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Fri Apr 13, 2018 6:25pm

Safety and quality is assured in genuine medicines. Avoid fake medicines as they may have the following harmful effects...Read More >
 
 

Obesity and the Liver

By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Thu Mar 29, 2018 5:51pm

The liver is a very important organ. However, there are various reasons the liver can be damaged ...Read More >