HOME > HEALTH CENTER > HEALTH INFORMATION

Probiotik: Beberapa Fakta Yang Menarik


By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Mon May 14, 2018 1:52pm

PROBIOTIK: BEBERAPA FAKTA YANG MENARIK

Pada masa kini, probiotik memang sangat terkenal. Ia dipasarkan sebagai pelbagai produk kesihatan, hinggakan ada yang memasarkannya sebagai susu rumusan bayi dan makanan. Probiotik juga semakin popular di kalangan ibubapa yang ingin memberi pemakanan yang sesuai kepada anak-anak mereka.

Malah, probiotik dikatakan berupaya merawat cirit-birit, ekzema dan penyakit lelah. Artikel ini akan membantu anda mengenal pasti sama ada maklumat yang ada tentang probiotik hanya sekadar gembar-gembur/gimik atau berdasarkan fakta dan keberkesanan.

Probiotik: ada secara semulajadi

Di dalam saluran gastrousus kita (persekitaran bakteria ini juga dikenali sebagai bakteria flora), berbilion unit probiotik wujud secara semulajadi. Ada banyak jenis bakteria dalam fungsi usus kita yang bertujuan memastikan sistem pencernaan berada dalam keadaan baik. Bayi yang dilahirkan melalui kanal lahir dan diberi penyusuan ibu akan mempunyai kadar bakteria baik yang lebih tinggi dalam flora ususnya.

Dari segi perbandingan, bayi yang dilahirkan melalui C-seksyen atau tidak diberikan susu ibu akan mempunyai kadar bakteria baik yang lebih rendah. Sesetengah pakar mendakwa bahawa bayi yang tidak berupaya menkolonisasi (memberangsangkan) bakteria yang baik berkemungkinan akan mendapat penyakit asma dan ekzema di kemudian hari.

Cirit-birit:
Sebuah kajian pada tahun 2005 mendapati bahawa penggunaan bakteria jenis Lactobacillus GG berkesan untuk mengurangkan gejala cirit-birit disebabkan ubat antibiotik di kalangan kanak-kanak. Manakala satu lagi jenis bakteria, S. boulardii, didapati mampu mengurangkan tempoh cirit-birit akut.

Masalah pencernaan:
Sebuah kajian semula saintifik ke atas susunan data jurnal menunjukkan bahawa probiotik berkesan menangani pelbagai jenis penyakit gastrousus seperti Crohn’s, kolitis berulser, dan sindrom usus iritabel. Probiotik juga didapati mampu melegakan gejala sindrom usus iritabel. Probiotik yang digunakan dalam kajian tersebut dapat mengurangkan sakit kembung, sakit abdomen dan meningkatkan tempoh transit kolonik.

Gangguan Alergi: 
Sesetengah kajian mendapati bahawa bakteria jenis Lactobacillus GG, L. rhamnosus dan L. reuteri berkesan dalam mengurangkan gejala dermatitis atopik di kalangan kanak-kanak. L. paracasei juga didapati mampu untuk melegakan gejala rhinokonjunctivitis (gabungan sesak hidung, gatal-gatal hidung atau mata, hidung berair, bersin, mata merah).

Gambaran Keseluruhan Bukti Saintifik: 
Kajian-kajian yang disebutkan di atas berbeza dari segi kualiti, ada kajian jangka pendek dan ada yang terkawal secara bergelap ganda dan rawak. Dari segi bukti saintifik, masih terdapat kelemahan secara keseluruhan kerana terdapat pelbagai jenis probiotik di pasaran. Bakteria jenis lain seperti Bifidobacterium lactis, Bifidobacterium logum, Lactobacillus acidophilus juga tidak dijelaskan secara terperinci dalam artikel ini.

Di samping itu, terdapat banyak kajian yang cenderung kepada jenama, bukan jenis bakteria. Kelemahan bukti ini juga mungkin berpunca daripada Badan Pentadbiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat yang mengklasifikasikan probiotik sebagai makanan, oleh itu ia tidak perlu mematuhi piawaian tinggi berkaitan dengan penyelidikan perubatan.

Kesimpulan:
Terdapat pelbagai manfaat kesihatan yang boleh diperolehi melalui probiotik. Umumnya, ia boleh dianggap selamat. Walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum probiotik boleh dianggap sebagai penokok kesihatan yang penting untuk bayi, berbincanglah dahulu dengan doktor atau ahli farmasi tentang pemberian probiotik kepada anak anda.

Rujukan:

  1. Clinical efficacy of probiotics: review of evidence with focus on children. (2006) Journal of Pediatric Gastroenterology and Nutrition.
  2. Probiotics: The Friendly Bacteria. Nancy Gottesman (2018). Parents Magazine. Web article: goo.gl/GDgRNF

 

 






 

What is Diabetes?

By Webmaster | Wed Jun 24, 2015 3:59pm

Sugar is your body’s main fuel. But, having too much sugar in your blood can be a problem...
Read More >
 
 

Eczema: Always Moisturize

By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Fri May 11, 2018 10:46am

Good skin care is the first line of defense for eczema regardless of severity...Read More >
 
 

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi Dan Anda

By Joshua Ng (Pharmacist, Caring Pharmacy) | Malaysia | Fri Apr 27, 2018 5:24pm

Kebaikan penyusuan susu ibu amatlah...Read More >