- Home
- Health Center
- Health Info
- Panduan Kit Ujian Kendiri Berasaskan Air Liur (COVID-19 RTK-Ag)
Test
Panduan Kit Ujian Kendiri Berasaskan Air Liur (COVID-19 RTK-Ag)
RTK Antigen Test adalah ujian yang pantas untuk mengesan antigen SARS-CoV-2 yang terdapat dalam air liur manusia. Kit ujian ini adalah mesra pengguna, tidak invasif dan boleh dibuat sendiri1.
Di bawah ini adalah panduan 6 langkah mudah mengenai cara penggunaan RTK Antigen Saliva Test Kit2:
Tafsiran Keputusan Ujian & Langkah Seterusnya3:
(a) Keputusan Negatif
Satu garisan merah muncul di bahagian “C” dan tiada garisan merah muncul di bahagian “T”.
- terus mengamalkan langkah-langkah pengurusan keselamatan yang sesuai serta menjaga kebersihan diri yang baik.
(b) Keputusan Positif
Dua garisan merah yang berbeza muncul di bahagian “C” dan “T”.
- Anda perlu mengunjungi fasiliti kesihatan berdekatan anda bagi menjalani ujian RT-PCR untuk pengesahan diagnosis.
- Keputusan ujian juga boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. Anda hanya perlu buka aplikasi MySejahtera > Tekan Helpdesk > Tekan Mula > Pilih pilihan F iaitu “Saya telah disahkan positif Covid-19 dan sedang menunggu untuk dihubungi oleh KKM”.
(c) Keputusan tidak sah
Tiada garisan berwarna muncul, atau garisan merah muncul hanya pada bahagian “T”
- Sila hubungi kedai farmasi atau klinik untuk sebarang pertanyaan
Ujian RTK-Antigen Adalah Alat Saringan Sahaja, Bukan Alat Diagnostik!2,3
- Ujian ini hanya boleh mengesan antigen SARS-CoV-2 dalam air liur manusia sahaja, bukan sampel lain.
- Sekiranya prosedur dilakukan dengan salah, ia boleh menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
- Keputusan negatif palsu berlaku jika:
- kepekatan antigen dalam spesimen adalah di bawah had pengesanan ujian.
- spesimen tidak dikumpulkan dengan betul.
- Keputusan positif tidak menolak kebarangkalian jangkitan patogen lain.
Oleh itu, disebabkan oleh keterbatasan ujian ini dalam julat pengesanan dan sensitiviti, ujian RTK-Antigen hanya boleh digunakan sebagai ujian saringan manakala ujian RT-PCR pula digunakan sebagai ujian pengesahan untuk menentukan kes COVID-19.
Jangan Lupa Patuhi SOP!
Walau apa pun keputusan ujian anda, pastikan anda sentiasa mematuhi SOP pada setiap masa untuk melindungi diri serta orang yang kita sayangi di sekeliling kita. Kita boleh melakukannya dengan:
- Mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain.
- Pakai topeng muka pada setiap masa.
- Basuh atau bersihkan tangan dengan kerap.
- Elakkan tempat yang sesak dan hanya keluar apabila perlu (contoh: membeli barang dapur).
Mari kita bekerjasama dan lakukan bahagian kita dalam menghentikan penyebaran COVID-19.
Rujukan:
- RTK-Antigen. (Web assessed June 2021.) Weblink: https://rtkantigen.com/
- Gmate Covid-19 Ag Saliva (Home Kit).
- Guideline on COVID-19 Testing using Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) for the Health Facilities, Ministry of Malaysia Version. (Web assessed June 2021). Weblink: http://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm/Annex%204c%20Garispanduan%20RTK%20AG%20version%204.0.pdf
Latest Health Info
Kulit Sihat, Hidup Sihat: Mengatasi Kulit Kering dalam Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda lebih tinggi dari normal. Ia boleh menyebabkan pelbagai ...
Diabetes & Footcare: Essential Tips
Diabetes affects how your body processes sugar (glucose), the main source of energy. Normally, the hormone insulin helps move glucose ...
Supplement and insulin sensitivity: What to consider
Understanding Insulin Sensitivity Insulin sensitivity refers to how effectively body cells respond to insulin, which helps regulate blood sugar levels. ...