- Home
- Health Center
- Health Info
- Perlukah Saya Mendapatkan RTK-Ag (Kit Ujian Pantas)?
Test
Perlukah Saya Mendapatkan RTK-Ag (Kit Ujian Pantas)?
Siapakah Yang Digalakkan Untuk Menjalani Ujian Kendiri RTK-Ag (Kit Ujian Pantas)?
Penggunaan ujian kendiri RTK-Ag harus dilakukan dalam keadaan yang memerlukan keputusan segera sebagai langkah pengurusan pesakit dan harus diikuti dengan ujian pengesahan RT-PCR.
Golongan ini termasuk (tetapi tidak terhad kepada):
- Individu yang bergejala dalam kluster yang disahkan positif Covid-19.
- Individu kontak rapat dalam kluster yang disahkan positif Covid-19.
- Pemeriksaan lain yang telah dikenal pasti oleh KKM.
Tindakan Yang Perlu Diambil Jika Keputusan Ujian Sampel Air Liur RTK-Ag (Kit Ujian Pantas) Adalah Positif Atau Negatif
Nota Penting:
- Ujian RTK-Ag (Rapid Test Kit-Antigen) mempunyai kelebihan untuk mengesan wabak COVID-19 dengan cepat serta murah berbanding dengan ujian RT-PCR (Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction), dan boleh digunakan sebagai ujian saringan; point of care testing (POCT).
- Oleh sebab ujian RTK-Ag tidak setepat dan tidak sesensitif ujian RT-PCR, RTK-Ag boleh digunakan sebagai ujian saringan sahaja, manakala ujian RT-PCR harus dijalankan bagi tujuan pengesahan kes COVID-19.
- Oleh itu, keputusan ujian RTK-Ag yang positif hanya boleh dianggap sebagai kemungkinan jangkitan COVID-19 dan harus diikuti dengan ujian RT-PCR untuk disahkan sebagai kes COVID-19.
- Pesakit yang disahkan positif COVID-19 perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin.
- Pesakit yang mempunyai gejala COVID-19 harus dirujuk untuk menjalani ujian ulangan dengan RT-PCR walaupun keputusan ujian RTK-Ag adalah negatif.
*Termasuk individu dalam kategori Home Surveillance Order (HSO) dan sesiapa yang mempunyai gejala berkaitan dengan COVID-19 semasa tempoh kuarantin.
Jangan Lupa
RTK-Ag mungkin memberi keputusan negatif palsu dalam beberapa situasi. Oleh itu, anda perlu terus berhati-hati dan mengamalkan langkah keselamatan yang betul walaupun keputusan RTK-Ag adalah negatif.
Latest Health Info
Kulit Sihat, Hidup Sihat: Mengatasi Kulit Kering dalam Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda lebih tinggi dari normal. Ia boleh menyebabkan pelbagai ...
Diabetes & Footcare: Essential Tips
Diabetes affects how your body processes sugar (glucose), the main source of energy. Normally, the hormone insulin helps move glucose ...
Supplement and insulin sensitivity: What to consider
Understanding Insulin Sensitivity Insulin sensitivity refers to how effectively body cells respond to insulin, which helps regulate blood sugar levels. ...