Sleep apnea adalah keadaan di mana seseorang berhenti bernafas semasa tidur. Setiap episod pernafasan mungkin boleh terhenti selama 10 saat ataupun lebih. Jika tidak dirawat, ianya boleh mengakibatkan dengkuran yang kuat semasa tidur, berasa penat ketika waktu siang, ataupun masalah yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi atau masalah jantung.
Berbeza dengan masalah berdengkur yang biasa, seseorang yang mempunyai sleep apnea mempunyai simptom-simptom seperti:
- Bunyi dengkuran lebih kuat berbanding berdengkur biasa.
- Pernafasan terhenti lebih dari 10 saat.
- Penat atau perasaan mengantuk yang melampau ketika waktu siang.
- Pernafasan yang pendek, dan seperti tercekik.
- Kelihatan gelisah ketika tidur.
Kebiasaannya, simptom-simptom awal sleep apnea akan disedari oleh pasangan ataupun ahli keluarga terlebih dahulu.
Jenis-jenis sleep apnea
- Obstructive sleep apnea adalah jenis sleep apnea yang paling biasa berlaku. Ia kebiasaannya terjadi akibat otot bahagian tekak kendur dan saluran pernafasan menjadi terhalang semasa tidur, samada secara keseluruhan ataupun separa. Ketika ini berlaku, otot di bahagian dada akan perlu bekerja lebih keras untuk membuka saluran pernafasan dan pesakit mungkin akan mencungap atau menggerakkan badan dengan jerkahan.
- Central sleep apnea adalah sejenis sleep apnea di mana saluran pernafasan tidak terhalang, sebaliknya, terdapat masalah dengan sistem pernafasan di mana otak gagal memberikan isyarat kepada otot untuk bernafas. Ini mungkin berlaku dengan pesakit yang mempunyai penyakit neuromuskular seperti amyotrophic lateral sclerosis (ALS) ataupun mereka yang pernah mengalami strok.
- Complex sleep apnea syndrome, berlaku apabila pesakit mempunyai kedua-dua obstructive sleep apnea and central sleep apnea.
Punca-punca “Obstructive sleep apnea” (OSA):
Artikel ini akan memberi tumpuan kepada “Obstructive sleep apnea”, jenis apnea yang paling kerap.
Keadaan ini boleh melibatkan sesiapa sahaja, tetapi terdapat faktor yang menyebabkan seseorang itu lebih berisiko tinggi untuk mendapat OSA, termasuk:
- Kegemukan, iaitu faktor yang paling kerap. Leher yang pendek dan besar (ukur lilit) juga boleh menyebabkan saluran pernafasan lebih sempit.
- Saluran di bahagian hidung, mulut, tekak tersumbat; contohnya pembengkakkan tonsil akibat masalah tiroid ataupun lidah yang besar.
- Alkohol boleh menyebabkan otot bahagian tekak kendur serta menghalang otak dari bertindak terhadap masalah berpunca daripada tidur.
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti pil tidur dan ubat penenang.
- Menghisap rokok.
Tahap penyakit bergantung kepada kekerapan gangguan pernafasan dan boleh ditentukan dengan mengadakan ujian tidur, polysomnogram. Ujian ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta. Selain itu, soal selidik STOP-BANG adalah salah satu alat saringan yang boleh digunakan untuk diagnosa OSA. Soal selidik STOP-BANG hanya menyaring penyakit OSA sahaja, bukan central sleep apnea.
Bagaimanakah OSA dirawat?
Masalah sleep apnea yang ringan mungkin boleh dirawat dengan cara mengubah gaya hidup, seperti menurunkan berat badan. Lebih kurang separuh daripada pesakit sleep apnea adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Dengan menurunkan berat badan, tisu lemak berlebihan di bahagian tekak juga dapat dikurangkan. Anda juga boleh mendapatkan nasihat mengenai cara untuk menjaga diet serta senaman untuk mendapatkan berat badan yang unggul daripada doktor atau ahli farmasi CARiNG yang berdekatan.
Selain itu, mengubah cara tidur yang betul juga boleh membantu symptom OSA kerana tidur terlentang boleh menyebabkan apnea menjadi lebih teruk. Sekiranya pesakit mempunyai masalah perubatan yang berkaitan seperti masalah kelenjar tiroid, ianya hendaklah dirawat.
Untuk masalah OSA yang teruk, pesakit mungkin memerlukan bantuan alat perubatan seperti;
- Mouthguard untuk menghalang lidah daripada menyumbat saluran pernafasan.
- Mesin CPAP, yang boleh menghalang saluran pernafasan dari tertutup semasa tidur.
Sekiranya alat ini tidak berkesan, pembedahan mungkin diperlukan untuk melegakan sumbatan pada salur hidung atau tekak. Sekiranya anda ada sebarang persoalan tentang masalah sleep apnea atau dengkur yang teruk, sila hubungi mana-mana ahli farmasi kami yang prihatin di Farmasi Caring atau berhubung dengan doktor anda.
References:
- The Complete Sleep Apnea Guide. Sleep Academy. (Web Accessed August 2022), Web link: https://sleepacademy.org/2020/09/22/the-complete-sleep-apnea-guide/
- The Indian Express. 2022. Did you know you had sleep apnea?. [online] Available at: <https://indianexpress.com/article/lifestyle/health/did-you-know-you-had-sleep-apnea-7969651/> [Accessed 8 August 2022].
- Sleep Related Disorder Breathing. (2014). MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia Portal. (Web Accessed August 2022), Web link: http://www.myhealth.gov.my/en/sleep-related-disordered-breathing/
- Obstructive Sleep Apnea. (2012). MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia Portal. (Web Accessed August 2022), Web link: http://www.myhealth.gov.my/en/obstructive-sleep-apnoea-2/
- Obstructive Sleep Apnea In Adults. (2020). BMJ Best Practice. (Web Accessed August 2022), Web link: https://bestpractice.bmj.com/topics/en-gb/215
- Central Sleep Apnea. (2022). BMJ Best Practice. (Web Accessed August 2022), Web link: https://bestpractice.bmj.com/topics/en-gb/648
- STOP-Bang Score and Obstructive Sleep Apnea. (2022). Sleep Foundation. (Web Accessed August 2022), Web link: https://www.sleepfoundation.org/sleep-apnea/stop-bang-score
- STOP-Bang Questionnaire. (2017). Sleep Services Australia. (Web Accessed August 2022), Web link: https://www.sleepservices.com.au/stop-bang-questionnaire/
Latest Health Info
Kulit Sihat, Hidup Sihat: Mengatasi Kulit Kering dalam Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda lebih tinggi dari normal. Ia boleh menyebabkan pelbagai ...
Diabetes & Footcare: Essential Tips
Diabetes affects how your body processes sugar (glucose), the main source of energy. Normally, the hormone insulin helps move glucose ...
Supplement and insulin sensitivity: What to consider
Understanding Insulin Sensitivity Insulin sensitivity refers to how effectively body cells respond to insulin, which helps regulate blood sugar levels. ...