- Home
- Health Center
- Health Info
- Apa yang kita tahu tentang XBB setakat ini?
COVID-19
Apa yang kita tahu tentang XBB setakat ini?
Setelah beberapa bulan kewajipan pemakaian pelitup muka di negara kita dilonggarkan, kini kita berhadapan pula dengan gelombang kecil COVID-19 varian Omicron XBB. Varian Omicron merupakan varian yang sangat mudah bermutasi dan merebak1. Disebabkan itu, ia menyumbang kepada sebahagian besar kes COVID-19 di seluruh dunia menurut satu laporan daripada World Health Organization (WHO)2.
Namun, apakah sebenarnya subvarian Omicron XBB ini?
Virus COVID-19 subvarian Omicron XBB ini merupakan gabungan antara subvarian Omicron BA.2.10.1 dan BA.2.752. Sebelum ini, kita lebih kerap mendengar subvarian Omicron BA.1 dan BA.2. Walaupun kajian lanjut diperlukan, data semasa tidak mendapati sebarang perbezaan yang ketara dalam keterukan penyakit dan simptom jangkitan XBB berbanding subvarian yang lain. Walaubagaimanapun, risiko jangkitan semula adalah lebih tinggi dengan subvarian Omicron XBB, terutamanya terhadap golongan yang mempunyai jangkitan awal varian COVID-19 yang lain3,4. Begitu juga dengan setiap varian baru, analisis awal mencadangkan subvarian ini merebak dengan lebih mudah4.
Dari segi gejala jangkitan, tiada lagi data buat masa ini untuk membuktikan bahawa varian XBB menyebabkan simptom yang berbeza daripada jenis SARS-CoV-2 yang terdahulu5. Oleh itu, anda boleh perhatikan sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti:
Walaupun kita belum ada data yang mencukupi untuk membuktikan bahawa varian Omicron XBB ini boleh menyebabkan jangkitan yang teruk secara amnya, kita harus beringat bahawa setiap jangkitan COVID-19 berpotensi untuk menjadi lebih teruk dan menyebabkan gejala yang berpanjangan, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi. Jadi, apa yang boleh anda lakukan?
Bagi memastikan anda dan orang tersayang sentiasa dilindungi daripada jangkitan COVID-19, pastikan anda terus mematuhi langkah-langkah penjagaan seperti pemakaian pelitup muka, penggunaan pembersih tangan (sanitizer), serta penjagaan jarak sosial. Sekiranya anda mengalami mana-mana gejala yang disenaraikan di atas sehingga boleh mengganggu aktiviti seharian anda, adalah digalakkan untuk anda segera membuat ujian saringan COVID-19 serta mendapatkan rawatan daripada ahli perubatan profesional. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan, kunjungi Farmasi CARiNG berdekatan anda untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada ahli farmasi kami!
References:
- ‘Stealth’ omicron cases rising in the US: Here’s what we know. (Web accessed November 2022). Web link: https://www.livescience.com/stealth-omicron-us-cases-increasing
- Coronavirus variants: Facts about omicron, delta and other COVID-19 mutants. (Web accessed November 2022). Web link: https://www.livescience.com/coronavirus-variants.html
- TAG-VE statement on Omicron sublineages BQ.1 and XBB. (Web accessed November 2022). Web link: https://www.who.int/news/item/27-10-2022-tag-ve-statement-on-omicron-sublineages-bq.1-and-xbb
- Fact Check-No evidence COVID-19 Omicron XBB variant has higher mortality rate, or is five times more ‘toxic,’ than Delta. (Web accessed November 2022). Web link: https://www.reuters.com/article/factcheck-covid-xbb-idUSL1N3271RH
- 10 Potential XBB Variant Symptoms That Are Common Among New Omicron Subvariants. (Web accessed November 2022). Web link: https://www.goodhousekeeping.com/health/a41791457/xbb-covid-nightmare-variant-symptoms/
Tags
Latest Health Info
Kulit Sihat, Hidup Sihat: Mengatasi Kulit Kering dalam Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda lebih tinggi dari normal. Ia boleh menyebabkan pelbagai ...
Diabetes & Footcare: Essential Tips
Diabetes affects how your body processes sugar (glucose), the main source of energy. Normally, the hormone insulin helps move glucose ...
Supplement and insulin sensitivity: What to consider
Understanding Insulin Sensitivity Insulin sensitivity refers to how effectively body cells respond to insulin, which helps regulate blood sugar levels. ...