- Home
- Health Center
- Health Info
- 5 Tips Sihat Pada Musim Raya
Immunity
5 Tips Sihat Pada Musim Raya
Makanan merupakan sebahagian penting musim perayaan. Namun demikian, kita mesti mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan kita dan tidak harus melupakan kesihatan badan. Menjelang Bulan Syawal, mari kita amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat. Berikut adalah 5 tips pada musim raya ini:
1. Tingkatkan pengambilan cecair
Air adalah satu keperluan bagi setiap individu. Air penting untuk mengawal suhu badan dan meningkatkan kadar metabolisma badan. Pengambilan air juga dapat kurangkan selera makan. Elakkan pengambilan minuman manis dan berkarbonat.
2. Kurangkan kelajuan mengunyah
Mengunyah makanan secara perlahan penting untuk mengelakkan masalah penghadaman makanan. Amalan mengunyah dengan cepat akan meningkatkan selera makan dan berat badan anda.
3. Amalkan gaya hidup aktif
Senaman dapat mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kesihatan badan. Senaman juga penting untuk mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.
4. Pastikan anda mengambil sarapan pagi
Kepentingan sarapan pagi sering diabaikan. Sarapan pagi penting untuk mengawal berat badan dan paras gula darah. Apabila kita tidak mengambil sarapan pagi, selera makan akan meningkat dan pengambilan kalori yang berlebihan akan terjadi.
5. Awasi pemakanan anda
Jaga pemakanan anda menjelang musim perayaan ini. Jangan makan secara berlebihan. Amalan pemakanan yang sihat dapat kita terapkan dalam kehidupan seharian dengan menambahkan pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengurangkan makanan yang memudaratkan kesihatan:
Makanan untuk dielakkan | Makanan berkhasiat |
Makanan dengan kandungan lemak dan santan yang tinggi i.e. rendang, laksa dan kari | Makanan berserat tinggi i.e. popiah, sayur dan buah |
Kuih dengan kandungan gula yang tinggi i.e. dodol, donuts, kuih raya yang tertentu | Buah-buahan i.e. buah rojak (kurangkan kuah rojak), tembikai, oren, epal |
Makanan digoreng i.e. ayam goring, pisang goring, karipap | Ikan dan daging yang tidak berlemak tinggi i.e. nasi ayam, ikan stim |
Makanan dengan kandungan karbohidrat dan kalori berlebihan i.e. nasi putih, nasi lemak, roti canai dan roti john | Karbohidrat berkalori rendah i.e. thosai dan nasi perang |
Minuman bergula, minuman berkarbonat dan minuman dengan pewarna tiruan | Air kosong dan jus tanpa tambahan gula dan pewarna. |
Makanan dengan kandungan garam yang tinggi, i.e. Kerepek, lekor-lekor, sos dan kuah yang masin | Makanan kurang kandungan garam, i.e. Yong Tau foo dan asam laksa |
Makanan tinggi kandungan protein i.e. telur rebus |
Latest Health Info
Kulit Sihat, Hidup Sihat: Mengatasi Kulit Kering dalam Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda lebih tinggi dari normal. Ia boleh menyebabkan pelbagai ...
Diabetes & Footcare: Essential Tips
Diabetes affects how your body processes sugar (glucose), the main source of energy. Normally, the hormone insulin helps move glucose ...
Supplement and insulin sensitivity: What to consider
Understanding Insulin Sensitivity Insulin sensitivity refers to how effectively body cells respond to insulin, which helps regulate blood sugar levels. ...