Pernahkah anda mengalami situasi; anda sedang memandu dan anda hilang tumpuan, atau mungkin anda terlelap. Apabila tersedar, kenderaan anda rapat dengan kereta hadapan, terhantuk stereng atau cermin tingkap kenderaan, atau mungkin anda dihon kerana memasuki lorong kenderaan sebelah? Jika anda pernah mengalaminya, keadaan itu dipanggil microsleep.
Apa itu ‘microsleep’?
- Ia merujuk kepada satu episod tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan berlaku untuk tempoh antara 1 hingga 30 saat. 1
- Terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku apabila seseorang individu yang dalam keadaan mengantuk cuba untuk melawan rasa tersebut dan kekal berjaga.1
- Ia juga boleh berlaku ketika mata sedang dan masih terbuka.1
- Ia berbahaya apabila berlaku ketika sedang memandu atau sedang mengendalikan sesuatu jentera, yang berpotensi meningkatkan risiko kemalangan yang serius.1
Apakah puncanya?
- Biasanya disebabkan oleh rasa mengantuk yang teramat sangat dan digabungkan dengan tugas yang membosankan seperti memandu atau menonton televisyen. Semakin tinggi rasa mengantuk anda, semakan tinggi potensi untuk anda mengalaminya.2
- Kurang tidur, yang disebabkan masalah gangguan tidur seperti insomnia atau tidak mendapat kuantiti tidur yang mencukupi antara faktor utama.2
Bagaimanakah untuk mencegahnya?
- Memastikan anda mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi pada waktu malam. Jumlah waktu tidur yang disyorkan untuk individu dewasa adalah antara 7 hingga 9 jam.4
- Lakukan beberapa perubahan dalam rutin harian juga dapat membantu memperbaiki kualiti tidur 4, seperti:
- Padam dan tutup lampu, televisyen, atau radio semasa tidur.
- Hindari sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan semasa waktu tidur.
- Kekal suhu bilik pada tahap yang selesa.
- Jika anda terlalu mengantuk pada waktu siang, berikan diri anda masa untuk tidur, pastikan ia tidak lebih 20 minit, biasanya dikenali sebagai tidur tengahari (power nap). Ia dapat membantu menjadikan diri anda lebih segar.
- Elakkan tidur melebihi 30 minit melainkan anda merancang untuk berjaga pada waktu malam. Tidur pada waktu petang yang melebihi 30 minit akan membuatkan diri anda berasa lebih mengantuk dan lesu.
- Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau microsleep semasa memandu. 5
- Mengambil masa untuk berhenti dan berehat di tempat yang selamat.
- Berbual dengan penumpang anda. Jika boleh, elakkan memandu bersendirian jika anda memandu pada jarak jauh dan cuba berbual bersama penumpang anda. 1,3,5
- Dapatkan minuman seperti kopi, untuk menghilangkan rasa mengantuk anda kerana ia dapat membantu anda untuk terus berjaga dan bertenaga. Caffeine mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk mendapatkan efeknya. Dalam masa 30 minit ini anda masih berisiko untuk mengalami microsleep. 6
- Buka tingkap kereta. Salah satu sebab mengapa microsleep berlaku adalah kerana kekurangan oksigen dalam badan anda. Oleh itu, cuba untuk menghirup udara segar terutama apabila anda memandu di dalam kawasan bandar. 1,5
Rujukan:
- Don’t dream and drive: ‘Somnolence’ could be main cause of traffic accidents in M’sia. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.nst.com.my/news/2017/04/228404/dont-dream-and-drive-somnolence-could-be-main-cause-traffic-accidents-msia
- Neurocognitive consequences of sleep deprivation. In Seminars in neurology (Vol. 25, No. 01, pp. 117-129). Durmer, J. S., & Dinges, D. F. (2005, March).
- 106 deaths in just six days of Ops Selamat. KUMAR, M. (2020).Retrieved 16 January 2020, from https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/05/106-deaths-in-just-six-days-of-ops-selamat
- Microsleep Prevention Guide: Most Dangerous 3 Seconds of Your Life. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.sleepadvisor.org/microsleep/
- Losing the struggle to stay awake: divergent thalamic and cortical activity during microsleeps. Poudel, G. R., Innes, C. R., Bones, P. J., Watts, R., & Jones, R. D. (2014). Human brain mapping, 35(1), 257-269.
- Stair walking is more energizing than low dose caffeine in sleep deprived young women. Randolph, D. D., & O’Connor, P. J. (2017). Physiology & behavior, 174, 128-135.
- Sleep Basics: What Is Microsleep? | Sleep.org Learn More About Microsleep. (2020). Retrieved 16 January 2020, from https://www.sleep.org/articles/what-is-microsleep/
Latest Health Info
Kulit Sihat, Hidup Sihat: Mengatasi Kulit Kering dalam Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda lebih tinggi dari normal. Ia boleh menyebabkan pelbagai ...
Diabetes & Footcare: Essential Tips
Diabetes affects how your body processes sugar (glucose), the main source of energy. Normally, the hormone insulin helps move glucose ...
Supplement and insulin sensitivity: What to consider
Understanding Insulin Sensitivity Insulin sensitivity refers to how effectively body cells respond to insulin, which helps regulate blood sugar levels. ...