- Home
- Health Center
- Health Info
- Jenis Parut Jerawat dan Rawatan Mereka
Jerawat
Jenis Parut Jerawat dan Rawatan Mereka
Parut jerawat adalah kesan sampingan proses penyembuhan jerawat. Masalah ini susah dielakkan dan hampir setiap individu akan atau telah mengalami masalah parut jerawat. Jenis parut yang dibentukkan ditentukan oleh jenis jerawat dialami, serta cara jerawat dijaga pada permulaan. Jerawat sederhana dicirikan oleh lebam merah dan jerawat bernanah. Jerawat yang serius, seperti jerawat sista, dicirikan oleh sista bernanah di bawah permukaan kulit.
Sebagai contoh, apabila jerawat sista sembuh, ia meninggalkan tompok berwarna merah atau coklat pada kulit. Tompok-tompok ini akan menjadi pudar pada waktunya. Tetapi, kalau jerawat itu dipetik di permulaan, parut jerawat tentu akan timbul.
Jenis Parut Jerawat
1)Parut atropik atau tertekan1
- Biasa terbentuk di kulit muka.
- Parut ini terbentuk apabila kolagen yang dihasilkan tidak mencukupi semasa proses penyembuhan luka.
- Parut atropik boleh dikelaskan kepada tiga kategori:
I) Parut Rolling
- Jenis parut yang paling biasa terbentuk ketika penyembuhan jerawat yang meradang dengan lama.
- Parut ini nampak bulat atau bergulung (rolling).
II) Parut Boxscar
- Parut ini berbentuk “U” dan nampak bagai kotak (box).
- Boleh disebabkan oleh chicken pox, atau jerawat yang berkelompok dekat di atas kulit.
III) Parut Ice Pick
- Parut mendalam dan nipis .
- Parut ini biasanya timbul selepas jerawat yang jenis serius sembuh.
- Parut ini paling sukar untuk dirawat kerana parut ini akan meregang jauh di bawah permukaan kulit.
2) Parut Hypertrophic2
- Parut ini akan terjadi apabila kulit menghasilkan terlalu banyak kolagen semasa penyembuhan jerawat, menyebabkan parut yang nampak berketulan.
3) Parut Keloid
- Parut ini serupa dengan parut Hypertrophic tetapi penampilannya lebih tebal dari jerawat asal dan boleh membesar pada waktunya.
- Parut ini biasanya berwarna merah atau coklat dan nampak lebih gelap berbanding kulit sekeliling.
- Parut keloid juga akan merangkumi simptom-simptom seperti gatal atau pedih.
4) Hyperpigmentasi2
- Ini adalah bintik-bintik gelap atau warna kulit yang tidak seimbang, ia biasanya disebabkan oleh keradangan jerawat.
Jenis Rawatan Parut di Farmasi
1)Gel Silikon Topikal3
- Rawatan yang selamat dan berkesan untuk parut hypertrophic dan keloid.
- Warna gel silikon kelihatan jelas, dan ia mudah disapu.
2)Serbuk Kolagen / Minuman
- Mempercepatkan penghasilan kolagen dan memperbaiki tisu kulit untuk penyembuhan parut jerawat.
3)Asid Hidroksi Alfa (AHA)4
- Ia mendorong pengelupasan sel kulit mati dan mengelakkan pori-pori tersumbat.
- Ia juga boleh memudarkan kelihatan parut jerawat.
4)Asid Laktik5
- Ia boleh merangsang pembaharuan kolagen dan mempercepatkan pergantian sel kulit.
- Oleh demikian, fungsi ini boleh memudarkan parut jerawat.
Jelasnya, terdapat banyak pilihan rawatan yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah parut jerawat. Walaubagaimanapun, cara yang paling efektif adalah dengan pencegahan dari awal lagi. Elakkan tabiat memetik atau meremah jerawat. Tabiat ini merengsakan kulit, justeru menyebabkan kerosakan tisu kulit dan seterusnya menimbulkan parut jerawat.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang parut jerawat dan produk rawatan yang berkaitan, sila hubungi ahli farmasi di mana-mana kedai kami atau di CARiNG Pharmacy Faceboook page.
Rujukan
- Mandy Ferreira. How to Best Treat Acne Scars. Healthline. (Online) (web accessed on 16th Feb 2021) Available at: https://www.healthline.com/health/acne-scars#in–office-procedures
- Denise Mann,MS. The Best Acne Treatment for Even The Toughest Scars. Updated on 28th Jan 2021 (Online) (web accessed on 18th Feb 2021) Available at : https://www.thehealthy.com/skin-health/acne/how-to-treat-acne-scars/
- Puri, N., & Talwar, A. (2009). The efficacy of silicone gel for the treatment of hypertrophic scars and keloids. Journal of cutaneous and aesthetic surgery, 2(2), 104–106. Available at: https://doi.org/10.4103/0974-2077.58527
- Jon Johnson. The Best Ways to Get Rid of Acne Scars. (Online) (web accessed on 18th Feb 2021) Available at: https://www.medicalnewstoday.com/articles/324784
- Angela Palmer. An Overview of Lactic Acid Skin Care. Updated on 12 Nov 2019 (Online)(Assessed on 18th Feb 2021) Available at: https://www.verywellhealth.com/lactic-acid-skin-care-4178819
Latest Health Info
Behind the Bottle: Your Medicine, Your Insight, Your Choice
Generic medicines are an important part of healthcare, offering an affordable and effective alternative to brand-name drugs. Simply put, generic ...
屏幕时间与儿童的发展:寻找平衡点
随着科技的快速发展,电子设备已广泛进入千家万户,儿童接触电子屏幕已成为普遍现象。尤其是在新冠疫情期间,疫情封锁导致儿童的 ...
Common Skin Conditions in Kids & How To Tackle Them
Did you know that 70.24% of skin condition patients are children aged 0-5 years? Due to their developing immune systems ...