Rokok mengandungi lebih daripada 5000 bahan kimia dan sekurang-kurang 69 daripadanya adalah berbahaya kepada badan kita1:
- Menyebabkan kanser dan penyakit saluran darah.
- Mengurangkan peredaran darah dan oksigen di badan yang akan meningkatkan risiko pembekuan darah.
- Mempercepatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit menjadi kusam, kedutan dan melendut.
- Mengurangkan jumlah air liur di mulut, gigi akan berubah warna dan nafas berbau.
- Meningkatan risiko periodontitis dan penyakit gusi
- Rambut akan kusam dan kesan kelabu pramatang.
Nikotin membuat anda ketagih dengan rokok, tetapi ia bukan bahan yang paling berbahaya dalam rokok. Penggunaan nikotin gula getah dan tampalan berbanding daripada merokok lebih selamat dan boleh membantu mengatasi ketagihan nikotin. Ia tidak pernah terlambat untuk berhenti merokok. Dengan berhenti merokok, anda dapat manfaat kesihatan daripada bebas merokok1.
Pilihan NRT (Nicotine-Replacement Therapy/ Terapi Penggantian Nikotin)
Gum getah dan tampalan nikotin adalah salah satu pilihan yang sedia ada di farmasi. Sebelum bermulakan dan semasa menjalani terapi ini, perlu siap sedia dan hentikan merokok sepenuhnya.
(A) Gula Getah Nikotin
Nikotin diserapkan dengan cepat melalui lapisan mulut dan berkesan pantas bagi melegakan ketagihan dan simptom penarikan. Gula getah ini berperasa mint dan didapati dalam dos 2mg dan 4mg mengikuti keperluan individu2.
Cara Penggunaan2:
- Mengunyah gula getah secara perlahan sehingga rasa mint menjadi kuat.
- Rehatkan gula getah dalam ruang mulut (di antara rahang dan pipi).
- Selepas rasa pudar, kunyah gula getah sehingga rasa menjadi kuat lagi.
- Berulang langkah 2 dan 3 sehingga gula getah tak ada rasa lagi (biasanya selama 30 minit). Buangkan gula getah dengan selamat.
(B) Tampalan Nikotin
Tampalan Nikotin bagi kawalan yang mencukupi sepanjang hari. Tampalan didapati dalam dos 25mg, 15mg dan 10mg megikuti keperluan individu3.
Cara penggunaan3:
- Perkara yang pertama setiap pagi adalah untuk mengunakan satu tampalan baru.
- Bersihkan tangan dan lapkan tangan hingga kering.
- Mengupaskan satu sampingan tampalan dengan teliti dan mengelakkan sentuhkan bahagian yang melekit.
- Melekitkan bahagian tampalan yang melekit ke atas permukaan kulit yang bersih dan tidak berbulu (contohnya: lengan, dada, kulit paha, pinggul).
- Lepas tu, lekatkan tampalan sepenuhnya ke atas permukaan kulit. Tekankan tampalan dengan jari atau sawit tangan untuk memastikan tampalan lekat pada kulit dengan sepenuhnya.
- Pakaikan tampalan ini pada sepanjang hari dan juga semasa mandi (jangan risau, tampalan ini kalis air).
- Sebelum tidur, bukakan tampalan dan buangkannya dengan selamat.
- Gunakan bahagian badan yang baru setiap hari. Selepas dua hingga tiga hari, boleh tukar balik ke tempat terdahulu jika tiada tanda kerengsaan.
(C) Varenicline
Ubat ini adalah ubat preskripsi yang juga boleh membantu hentikan merokok dengan menggantikan nikotin dalam badan. Ini akan melegakan ketagihan dan mengurangkan kesan menyeronokkan merokok. Ia didapati dalam dos 1mg dan 0.5mg dan cara makannya adalah telan tablet dengan air4.
Regimen yang biasa adalah berikut4:
- Pada minggu pertama, makan satu biji 0.5mg tablet sekali sehari selama 3 hari.
- Lepas itu, makan satu biji 0.5mg tablet dua kali sehari untuk empat hari yang akan datang.
- Pada minggu yang kedua hingga ke-11, makan sebiji 1mg tablet dua kali sehari.
Pharmacist & MQuit service
Anda boleh melawat farmasi terdekat atau menelefon talian hotline dan rujuk laman web di bawah untuk mendapatkan nasihat dan kaunseling tentang berhenti merokok atau mengetahui lebih lanjut mengenai produk Nikotin dan varenicline.
- Talian hotline Caring Pharmacy: 03-74535425 or 016-3936788.
- Quitline: 04-6535999
- Laman web: www.jomquit.com
Rujukan:
- Bahan Kimia Rokok & Badan Anda. (Web accessed August 2020). Web link: https://www.nicorette.com.my/ms/bersedia-untuk-berhenti/bahan-kimia-rokok-dan-tubuh-anda
- Gula-gula Getah Nicorette. (Web accessed August 2020). Web link: https://www.nicorette.com.my/ms/produk/gula-gula-getah
- Tampalan Invisi Nicorette. (Web accessed August 2020). Web link: https://www.nicorette.com.my/ms/produk/tampalan-invisi-nicorette
- Champix. (Web accessed August 2020). Web link: https://www.drugs.com/uk/champix.html
Tags
Latest Health Info
Norovirus: What You Need to Know About the Stomach Flu
Novovirus is one of the main causes of the “stomach flu” in the United States. It spreads mainly through contaminated ...
Live(r) Your Best Life: Understanding Fatty Liver
The liver, which is classified as the largest solid organ in the body, performs over 500 vital functions – some ...
Why the Weight Loss ‘Magic Pen’ Isn’t So Magical: Understanding the Dangers of Its Unauthorized and Unsupervised Use
Imagine if there were a pen that could miraculously enable us to lose weight and eat less. Jab that pen ...