Ketidakhadaman merupakan satu masalah kesihatan lazim yang seringkali dapat digambarkan dengan ketidakselesaan atau rasa sakit yang berterusan dan berulang di bahagian atas abdomen sekitar bawah tulang rusuk.1 Antara faktor-faktor lazim yang menyebabkan masalah ini ialah rembesan asid perut berlebihan, jangkitan bakteria Helicobacter Pylori serta faktor psikologi. Apabila rembesan asid perut berlebihan menyentuh lapisan sensitif yang bertindak sebagai pelindung sistem pencernaan, ia boleh merosakkan lapisan tersebut dan seterusnya menyebabkan keradangan.
Setiap individu mengalami simptom ketidakhadaman yang berbeza dengan individu lain. Jadi, ketidakselesaan yang anda alami mungkin adalah berbeza sedikit daripada rakan-rakan anda. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, dispepsia adalah ringan dan mungkin hanya berlaku sekali-sekala.
Simptom-simptom Ketidakhadaman: 2
Jika anda mengalami ketidakhadaman, anda mungkin mengalami:
*Gejala ini mungkin bertambah teruk apabila anda tertekan.
Punca-punca ketidakhadaman: 1
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan ketidakhadaman. Faktor-faktor ini merangkumi tabiat pemakanan dan gaya hidup serta kesan sampingan ubat-ubatan dan penyakit lain yang serius.
1.Gaya hidup
– Makan berlebihan atau makan terlalu cepat
– Makanan berlemak, berminyak atau pedas
– Berbaring sejurus selepas makan
– Terlalu banyak kafein, alkohol, coklat atau minuman berkarbonat
– Menghisap rokok
– Kebimbangan berlebihan atau tekanan emosi
2. Ubat-ubatan
– Ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
– Antibiotik tertentu
– Ubat tiroid
3. Masalah kesihatan
– Ulser, GERD, Gastroparesis (keadaan di mana perut tidak dikosongkan dengan sempurna, selalunya berlaku pada pesakit diabetes)
– Sindrom iritasi usus (IBS)
– Penyakit tiroid
– Kehamilan dan obesiti
Bagaimanakah anda boleh mencegah dan merawat ketidakhadaman?3
Masalah ketidakhadaman selalunya bertambah baik dan sembuh dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, beberapa perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu anda mencegah dan merawat gejala ini.
1. Perubahan Gaya Hidup:
2. Ubat-ubatan:
Jika ketidakhadaman anda berterusan, ubat-ubatan boleh membantu. Antasid tanpa preskripsi ataupun lebih dikenali sebagai ubat kapur biasanya merupakan pilihan pertama. Pilihan lain termasuk:
-Proton pump inhibitors (PPIs), yang boleh mengurangkan asid perut. PPI mungkin disyorkan terutamanya jika anda mengalami pedih ulu hati bersama-sama dengan ketidakhadaman.
– H-2-receptor blockers, yang juga boleh mengurangkan asid perut.
– Prokinetics, yang mungkin membantu jika perut anda dikosongkan dengan perlahan.
– Probiotik4, yang boleh membantu memulihkan keseimbangan bakteria baik di dalam perut
Pastikan anda berbincang terlebih dahulu dengan doktor atau ahli farmasi CARiNG anda tentang ubat-ubatan ini untuk pastikan ianya ialah pilihan yang terbaik dan sesuai untuk anda.
Bila anda perlu berjumpa dengan doktor? 1
Ketidakhadaman yang ringan biasanya tidak perlu dibimbangkan. Rujuk doktor anda jika ketidakselesaan anda berterusan selama lebih daripada dua minggu dan jika anda mempunyai sebarang gejala:
- Kehilangan berat badan yang banyak atau hilang selera makan
- Muntah berulang atau muntah berdarah
- Najis berwarna hitam
- Masalah menelan yang menjadi semakin teruk
- Keletihan atau kelemahan, yang mungkin menandakan anemia
Gejala yang serupa dengan ketidakhadaman mungkin disebabkan oleh serangan jantung. Dapatkan rawatan perubatan segera jika anda mempunyai:
- Sesak nafas, berpeluh, atau sakit dada yang terasa hingga ke rahang, leher atau lengan
- Sakit dada semasa melakukan senaman atau dengan tekanan
Secara ringkasnya, ketidakhadaman ialah masalah kesihatan yang kerap berlaku dalam kehidupan seharian kita. Tetapi jika anda tidak pasti atau tidak dapat menguruskan ketidakhadaman di rumah, sila hubungi mana-mana ahli farmasi kami yang prihatin di Farmasi Caring untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menangani masalah ini.
Rujukan:
- Minesh Khatri, MD. WebMD.2022. Indigestion. [Online] Available at: https://www.webmd.com/heartburn-gerd/indigestion-overview (Accessed on 8th April 2022)
- Sandy Calhoun Rice. Healthline. 2021. How Do I Have Indigestion? [Online] Available at: https://www.healthline.com/health/indigestion#overview (Accessed on 8th April 2022)
- Mayo Clinic. 2022. Indigestion- Diagnosis and Treatments. [Online] Available at: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/indigestion/diagnosis-treatment/drc-20352215 (Accessed on 8th April 2022)
- Muneki Igarashi. BMJ Open Gastroenterology. Alteration in the gastric microbiota and its restoration by probiotics in patients with functional dyspepsia. [Online] Available at: http://dx.doi.org/10.1136/bmjgast-2017-000144 (Accessed on 8th April 2022)
Tags
Latest Health Info
Norovirus: What You Need to Know About the Stomach Flu
Novovirus is one of the main causes of the “stomach flu” in the United States. It spreads mainly through contaminated ...
Live(r) Your Best Life: Understanding Fatty Liver
The liver, which is classified as the largest solid organ in the body, performs over 500 vital functions – some ...
Why the Weight Loss ‘Magic Pen’ Isn’t So Magical: Understanding the Dangers of Its Unauthorized and Unsupervised Use
Imagine if there were a pen that could miraculously enable us to lose weight and eat less. Jab that pen ...