- Home
- Health Center
- Health Info
- Ketum: Kawan atau Musuh?
Medicine Safety
Ketum: Kawan atau Musuh?
Mitragyna speciosa yang dikenali sebagai “kratom” atau “Ketum”, ialah sejenis tumbuhan tropikal yang terdapat di Thailand, Indonesia, Malaysia, Myanmar dan Papua New Guinea. Di Malaysia, mereka didapati tumbuh liar terutama di negeri-negeri utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. [1]
Potensi Manfaat Kesihatan
Daun Ketum digunakan secara tradisional sebagai ubat untuk penyakit seperti sakit belakang, demam, dan batuk. Air dari daun ketum juga telah digunakan sebagai ubat tradisional untuk masalah diabetes dan darah tinggi. Daun ini juga digunakan untuk mengatasi keletihan. [2] Namun begitu, tiada bukti konkrit yang menunjukkan bahawa kratom adalah selamat atau berkesan untuk sebarang penggunaan perubatan.
Penggunaan dan Penyalahgunaan Ketum
Daun Ketum mengandungi lebih daripada 40 alkaloid. Mitragynine ialah konstituen utama yang menyumbang lebih daripada 66% jumlah alkaloid dalam daun ketum. [2,3] Mitragynine dan 7-hydroxymitragynine (7-HMG) merupakan alkaloid psikoaktif yang eksklusif dalam tumbuhan ini. Kesan Mitragynine terhadap manusia bergantung kepada dos. [3] Daun Ketum dalam dos rendah boleh dijadikan sebagai perangsang. [4] Manakala, pengambilan daun Ketum dalam dos tinggi memberi manfaat analgesik.
Dos yang lebih tinggi juga membawa kesan euforia, penenang dan perubahan fikiran yang serupa dengan opioid. [3,5]
Amaran
Beberapa laporan menunjukkan bahawa penggunaan ketum juga dapat menyebabkan kemurungan pernafasan, anoreksia, kemurungan, psikosis, dan sawan. Selain itu, terdapat juga kebimbangan mengenai kematian yang berkaitan dengan dos berlebihan, risiko ketagihan, penyalahgunaan, dan pergantungan kepada ketum. [7] Oleh sebab sifat Mitragynine sebagai bahan psikoaktif dan potensinya untuk penyalahgunaan, Akta Racun 1952 mengawalselia aktiviti berkaitan dengan Mitragynine [4]
Status Pendaftaran di Malaysia dan Kontroversi
Mitragynine disenaraikan sebagai bahan psikotropik di bawah Akta Racun 1952. Import, eksport, penghasilan, penjualan dan pemilikan mitragynine disenaraikan sebagai kesalahan jenayah di bawah Seksyen 30 dengan hukuman tidak melebihi RM10,000, penjara selama 4 tahun atau kedua-duanya. [4] Walau bagaimanapun, pokok kratom bukan tanaman haram! Penanaman atau pertumbuhan kratom secara semula jadi tidak dilarang oleh undang-undang di Malaysia. Kekurangan kit ujian khusus juga melemahkan penguatkuasaan undang-undang kerana mereka tidak dapat menangkap atau mendakwa penagih kratom. Oleh itu, pihak berkuasa lebih memberi fokus terhadap pengangkutan, pemprosesan dan penjualan kratom. [8] Penyelidikan lebih lanjut mengenai penggunaan kratom perlu dijalankan untuk memberi kelebihan dari segi ekonomi dan akademik dengan potensi perubatan yang belum dimanfaatkan. Akhir sekali, Farmasi Caring tidak menggalakkan penggunaan atau penyalahgunaan kratom.
Rujukan:
- Abuse of ketum leaves. Ministry of Health Malaysia. (Web accessed February 2022). Web link: http://www.myhealth.gov.my/en/abuse-of-ketum-leaves/
- Mitragyna speciosa use in the northern states of Malaysia: A cross-sectional study. K Ahmad and A Aziz (2012). Journal of Ethnopharmacology.
- Following “the Roots” of Kratom (Mitragyna speciosa): The Evolution of an Enhancer from a Traditional Use to Increase Work and Productivity in Southeast Asia to a Recreational Psychoactive Drug in Western Countries. E Cinosi et al. (2015). BioMed Research International.
- Ketum Abuse in Malaysia: Its Legal Status and Proposed Solution. MS Mallow (2020). Perdana: International Journal of Academic Research.
- Statement from FDA Commissioner Scott Gottlieb, M.D., on the agency’s scientific evidence on the presence of opioid compounds in kratom, underscoring its potential for abuse. US Food and Drug Administration (FDA). (Web accessed February 2022). Web link: https://www.fda.gov/news-events/press-announcements/statement-fda-commissioner-scott-gottlieb-md-agencys-scientific-evidence-presence-opioid-compounds
- Pharmacology of kratom: an emerging botanical agent with stimulant, analgesic and opioid-like effects. WC Prozialeck, JK Jivan and SV Andurkar (2012). Journal of Osteopathic Medicines.
- Overview of herbal medicine and dietary supplements. UpToDate. (Web accessed February 2022)Web link: https://www.uptodate.com/contents/overview-of-herbal-medicine-and-dietary-supplements?search=kratom&source=search_result&selectedTitle=2~7&usage_type=default&display_rank=2#H37
- Enforcement Status of The Poison Act 1952 Against Offences Related to Kratom (Mitragyna Speciosa Korth) Misuse in Malaysia. SK Halim, R Ahmah and SAJ Abdullah (2020). UUM Journal of Legal Studies
Tags
Latest Health Info
Kulit Sihat, Hidup Sihat: Mengatasi Kulit Kering dalam Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda lebih tinggi dari normal. Ia boleh menyebabkan pelbagai ...
Diabetes & Footcare: Essential Tips
Diabetes affects how your body processes sugar (glucose), the main source of energy. Normally, the hormone insulin helps move glucose ...
Supplement and insulin sensitivity: What to consider
Understanding Insulin Sensitivity Insulin sensitivity refers to how effectively body cells respond to insulin, which helps regulate blood sugar levels. ...