- Home
- Health Center
- Health Info
- Kolestrol Pembunuh Senyap: Lawan Kolesterol Tinggi!
Cholesterol
Kolestrol Pembunuh Senyap: Lawan Kolesterol Tinggi!
Kolesterol adalah sejenis lemak yang digunakan oleh tubuh kita untuk menghasilkan beberapa bahan penting di dalam tubuh badan kita. Contohnya adalah seperti garam hempedu, Vitamin D, hormon-hormon, dan membran sel.¹ Akan tetapi apabila berlakunya hiperkolesterolemia,keadaan di mana jumlah kolesterol di dalam darah mencapai tahap yang tinggi (TC > 5.2 mmol/l), kesihatan kita boleh terjejas.²
Untuk pengetahuan anda, terdapat dua jenis kolesterol utama di dalam badan manusia; LDL(Lipoprotein ketumpatan rendah) atau lebih dikenali sebagai kolesterol “jahat” dan HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi) atau kolesterol “baik”.³
Tahap LDL yang tinggi boleh menyebabkan pengumpulan kolesterol di dalam dinding arteri, membentuk plak yang menyempitkan dan mengeras arteri. Ini meningkatkan risiko penyakit jantung, serangan jantung, dan stroke kerana aliran darah ke organ penting terganggu. Mengurangkan tahap LDL adalah penting untuk menjaga kesihatan jantung dan mencegah komplikasi serius.
Untuk HDL pula, ianya berfungsi dengan membawa kolesterol dari saluran darah ke hati. Di hati, kolesterol ini diproses dan dikeluarkan dari badan sebagai bahan kumuh.³ Proses ini membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam darah yang boleh membentuk plak dalam arteri, seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke.
Selain LDL dan HDL, terdapat juga trigliserida, sejenis lemak dalam badan kita yang turut mempengaruhi tahap kolesterol dan kesihatan jantung. Tahap trigliserida yang tinggi boleh menyumbang kepada jumlah kolesterol yang tinggi dan meningkatkan risiko masalah kesihatan.⁴
Formula pengiraan Jumlah Kolesterol (Total Cholesterol):
HDL + LDL + 20% Trigliserida = Jumlah Kolesterol.⁴
Cara-cara untuk menurunkan tahap kolesterol:⁵
- Elakkan makanan mengandungi lemak trans, tepu atau minyak berhidrogen separa
- Tingkatkan pengambilan makanan yang mengandungi serat dan fitosterol yang tinggi.
- Buat senaman intensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu atau senaman intensiti tinggi sekurang-kurangnya 75 minit seminggu.
- Jangan merokok dan elakkan asap rokok pasif.
- Capai Body Mass Index (BMI) kurang daripada 23 kg/m2 atau pengurangan sekurang-kurangnya 5-10% berat badan dalam 1-2 tahun. Kekalkan ukur lilit pinggang < 90 cm untuk lelaki dan < 80 cm untuk wanita.
- Ambil suplemen seperti minyak ikan, beta glucan, ekstrak beras yis merah⁶ dan lain-lain atas nasihat ahli farmasi atau doktor.
Jangan tunggu lagi! Jom pergi ke farmasi Caring yang terdekat untuk mengambil bacaan kolesterol dan tanya tentang cara-cara untuk menurunkan tahap kolesterol dengan lebih lanjut.
References:
- Cholesterol. Better Health Channel. Approved by Victoria State Department of Health. Web accessed July 2024. Web link: www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/cholesterol
- Hiperkolesterolemia di Malaysia: Frekuansi, faktor genetik dan impak farmakogenetik. Universiti Kebangsaan Malaysia. Web accessed July 2024. Web link: https://www.ukm.my/umbi/news/hiperkolesterolemia-di-malaysia-frekuansi-faktor-genetik-dan-impak-farmakogenetik/
- Kolesterol dan Mitos Berkaitan.Hospital Gleneagles. Web accessed July 2024. Web link: https://gleneagles.com.my/ms/health-digest/cholesterol-and-myths-surrounding-it
- Cholesterol Numbers and What They Mean. Cleveland Clinic. Web accessed July 2024. Web link: https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11920-cholesterol-numbers-what-do-they-mean
- Management of Dyslipidemia 2017. 5th Edition of Clinical Practice Guideline. Web accessed July 2024. Web link: https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/CPG/CARDIOVASCULAR/4.pdf
- Red Yeast Rice. Mayo Clinic. Web accessed July 2024. Web link: https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-red-yeast-rice/art-20363074
Tags
Latest Health Info
Why the Weight Loss ‘Magic Pen’ Isn’t So Magical: Understanding the Dangers of Its Unauthorized and Unsupervised Use
Imagine if there were a pen that could miraculously enable us to lose weight and eat less. Jab that pen ...
Behind the Bottle: Your Medicine, Your Insight, Your Choice
Generic medicines are an important part of healthcare, offering an affordable and effective alternative to brand-name drugs. Simply put, generic ...
屏幕时间与儿童的发展:寻找平衡点
随着科技的快速发展,电子设备已广泛进入千家万户,儿童接触电子屏幕已成为普遍现象。尤其是在新冠疫情期间,疫情封锁导致儿童的 ...