- Home
- Health Center
- Health Info
- Perbezaan Antibiotik, Antiviral dan Antikulat
Medicine Safety
Perbezaan Antibiotik, Antiviral dan Antikulat
“Saya sakit tekak la, boleh tak saya nak beli antibiotik?”
Pernah tak anda pergi ke farmasi dan tanya soalan ini kepada ahli farmasi? Atau mungkin anda pernah dengar pelanggan lain bertanyakan soalan ini.
Tahukah anda, sebenarnya tak semua simptom sakit tekak boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik? Sakit tekak boleh berpunca daripada penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan kuman yang boleh dirawat dengan antibiotik, tetapi ianya juga boleh disebabkan oleh jangkitan virus. Jangkitan virus pula hanya boleh dirawat dengan ubat antivirus. Selain itu, penyakit berjangkit juga boleh disebabkan oleh kulat yang memerlukan rawatan ubat antikulat.
Jadi, apakah perbezaannya antara ubat antibiotik, antiviral dan antikulat?
Antibiotik1,2
Antibiotik ialah ubat yang melawan jangkitan kuman pada manusia dan haiwan dengan membunuh bakteria atau dengan menghalang pembiakan sel bakteria tersebut. Ubat ini boleh diambil secara oral, suntikan atau boleh juga disapu pada kulit. Penyalahgunaan ubat antibiotik dalam jangka masa yang panjang boleh menyumbang kepada rintangan bakteria kepada antibiotik tersebut. Selain itu, tidak semua orang sesuai untuk mengambil semua jenis ubat antibiotik. Sesetengah orang mengalami masalah alergi terhadap sesetengah kumpulan ubat ini sehingga boleh menyebabkan kesan yang teruk seperti bengkak mata, sesak nafas dan kematian jika diambil3. Oleh itu, adalah amat penting bagi anda untuk mengenalpasti sekiranya anda mempunyai alergi terhadap mana-mana kumpulan antibiotik.
Antivirus4
Ubat antivirus adalah sejenis ubat yang digunakan dalam merawat jangkitan virus. Jangkitan virus boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang berbahaya dan juga yang boleh sembuh dengan sendirinya. Ubat antivirus membunuh virus yang menjangkiti manusia dengan menyasar pada proses pembentukan virus itu sendiri. Antara ubat antivirus yang sering digunakan ialah ubat acyclovir untuk merawat penyakit demam campak (chicken pox), kayap (shingles) dan herpes simplex5. Seperti antibiotik, ubat antivirus juga khusus digunakan untuk merawat virus tertentu sahaja.
Antikulat6
Ubat antikulat pula ialah agen yang membunuh atau menghentikan pertumbuhan kulat yang menyebabkan jangkitan. Setiap kumpulan ubat antikulat mensasarkan peringkat pembentukan kulat yang berbeza. Seperti ubat-ubat lain, ubat antikulat juga mempunyai kesan sampingan yang perlu diberi perhatian. Sebagai contoh, penggunaan jangka masa panjang ubat antikulat ketoconazole boleh menyebabkan ketoksikan hati yang boleh mengancam nyawa.
Perbezaan utama antara ubat antibiotik, antivirus dan antikulat adalah pada mekanisme agen itu sendiri yang mensasarkan mikroorganisma yang berbeza. Walaupun beberapa simptom penyakit berjangkit ini mungkin serupa antara satu sama lain, beberapa kriteria lain boleh digunapakai bagi menentukan sesuatu jangkitan tersebut serta rawatan yang sesuai.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah kesihatan yang mungkin juga penyakit berjangkit, sila dapatkan nasihat doktor atau kunjungi mana-mana cawangan CARiNG Pharmacy berdekatan anda untuk berjumpa dengan ahli farmasi kami.
References:
- Antibiotics. MedlinePlus. (Web Accessed October 2022) Web link: https://medlineplus.gov/antibiotics.html
- Antibiotics. Chara Calhoun; Harrison R. Wermuth; Gregory A. Hall. (2022)
- Antibiotics Side Effects. NHS. (Web Accessed October 2022) Web link: https://www.nhs.uk/conditions/antibiotics/side-effects/#:~:text=Antibiotic%20allergic%20reactions&text=a%20raised%2C%20itchy%20skin%20rash,which%20can%20cause%20breathing%20difficulties
- A review: Mechanism of action of antiviral drugs. Kausar S, Said Khan F, Ishaq Mujeeb Ur Rehman M, et. al. Int J Immunopathol Pharmacol (2021)
- Acyclovir. Michael Taylor; Valerie Gerriets. (2022)
- Antifungal Agents. Dennis M. Dixon, Thomas J. Walsh. (1996) Medical Microbiology. 4th edition.
- Types of Fungal Diseases. Centers for Disease Control and Prevention. (Web Accessed October 2022)> Web link: https://www.cdc.gov/fungal/diseases/index.html
Tags
Latest Health Info
Why the Weight Loss ‘Magic Pen’ Isn’t So Magical: Understanding the Dangers of Its Unauthorized and Unsupervised Use
Imagine if there were a pen that could miraculously enable us to lose weight and eat less. Jab that pen ...
Behind the Bottle: Your Medicine, Your Insight, Your Choice
Generic medicines are an important part of healthcare, offering an affordable and effective alternative to brand-name drugs. Simply put, generic ...
屏幕时间与儿童的发展:寻找平衡点
随着科技的快速发展,电子设备已广泛进入千家万户,儿童接触电子屏幕已成为普遍现象。尤其是在新冠疫情期间,疫情封锁导致儿童的 ...