Pola Kebotakan Lelaki , juga dikenali sebagai alopecia androgenik(AGA), adalah sejenis keguguran rambut yang paling lazim pada lelaki di mana it menjejaskan 30-50% lelaki pada usia 50 tahun dan ke atas. Walaupun AGA sering dianggap sebagai keadaan dermatologi yang tidak serius, keguguran rambut mampu menjejaskan imej diri dan merupakan punca kebimbangan dan kemurungan pada sesetengah lelaki.
Pola kebotakan lelaki bercirikan rambut menyurut dari sebelah sisi dahi (receding hairline) dan/atau menipis di bahagian atas. Kedua-dua menjadi semakin jelas sehingga mereka akhirnya bersambung, meninggalkan bentuk rambut ladam kuda sekitar belakang kepala.
Walaupun ia biasanya dilihat pada lelaki yang lebih tua, AGA juga boleh melibatkan golongan lelaki berusia muda.
Keguguran rambut berlaku kerana perubahan kepada kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Dalam kitaran pertumbuhan rambut biasa, kebanyakan rambut kekal dalam fasa pertumbuhan (dikenali sebagai fasa anagen). Fasa ini berlangsung selama kira-kira 3 hingga 6 tahun sebelum ia gugur dan rambut baru tumbuh di tempatnya. Dalam AGA, rambut di kawasan kulit kepala yang terjejas mempunyai fasa pertumbuhan yang lebih pendek dalam beberapa minggu atau bulan sebelum ia gugur. Proses ini mengakibatkan tompok menipis dan botak.[1]
HIPERPLASIA KELENJAR PROSTAT (BPH)
Hiperplasia Kelenjar Prostat (BPH) adalah pembengkakan kelenjar prostat yang bukan bersifat kanser. BPH selalunya berlaku kepada kaum lelaki yang berumur 50 tahun ke atas. Kadar kejadian BPH akan semakin meningkat mengikut umur. Mengikut laporan, kadar kejadian BPH adalah 50% dalam usia lingkungan 50 – 60 tahun dan hampir 90% pada umur 80 tahun ke atas. [2]
Apabila kelenjar prostat membesar, iai akan menekan salur kencing dan menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan akibatnya mengurangkan kelancaran aliran kencing. Apabila kelenjar prostat ini semakin membengkak, pesakit perlu meneran semasa kencing.
Pesakit yang menghidapi BPH akan mengalami berbagai-bagai gejala kencing yang tidak selesa, termasuk kencing dengan lebih kerap dan merasakan yang pundi kencing tidak dapat dikosongkan. Pesakit juga akan rasa susah untuk memulakan kencing dan aliran kencing mereka biasanya adalah tidak lancar.
CIRI-CIRI PERSAMAAN AGA DAN BPH
Kedua-dua AGA dan BPH secara lazimnya dicirikan oleh kehadiran hormon androgen dihidrotestosteron (DHT) pada paras yang tinggi.
DHT ialah hormon steroid yang dihasilkan secara semula jadi dalam badan dan memainkan peranan utama dalam membangunkan ciri maskulin tertentu seperti prostat, pertumbuhan otot, suara dalam dan pertumbuhan rambut.
Kelenjar prostat boleh menghasilkan sejumlah besar DHT. Pengeluaran DHT ini merangsang aktiviti normal prostat tetapi juga biasanya membawa kepada pertumbuhan prostat.
Paras DHT yang tinggi boleh mengecutkan folikel rambut dan memendekkan kitaran pertumbuhan rambut, mengakibatkan keguguran rambut.
CARA MENGAWAL PARAS DHT
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan paras DHT di mana ia mungkin mengurangkan risiko kejadian AGA dan BPH.. Berikut merupakan beberapa cara tersebut:
1. Diet
Terdapat beberapa makanan yang merupakan penyekat DHT semulajadi seperti sayur-sayuran yang kaya dengan Zink seperti bayam, cendawan putih dan kangkung, makanan yang kaya dengan lycopene seperti tomato, tembikai dan lobak merah dan makanan yang kaya dengan biotin seperti buah beri, hati dan kekacang.
2. Ubat Perencat Reseptor 5AR
Perencat 5AR menghalang badan daripada menukar testosteron kepada DHT. Contoh ubat adalah Dutasteride, Topikal Minoxidil, dan Finasteride
3. Perubahan Gaya Hidup
Mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mengurangkan tahap DHT secara semula jadi. Ini termasuk senaman yang kerap, berhenti merokok, mengurangkan tekanan dan banyak berehat.
4. Pengambilan herba yang menyekat DHT
Beberapa penyekat DHT herba termasuk kulit pygeum, teh hijau dan, saw palmetto.
Akhir sekali, untuk sebarang penjelasan lanjut, sila bercakap dengan ahli farmasi di mana-mana kedai Farmasi CARING atau mesej kami di halaman Facebook kami.
Rujukan:
- Ellis J.A., Sinclair R., Harrap S.B. Androgenetic alopecia: pathogenesis and potential for therapy. Expert Rev Mol Med. 2002;4:1–11
- Meigs J.B., Mohr B., Barry M.J., Collins M.M., McKinlay J.B. Risk factors for clinical benign prostatic hyperplasia in a community-based population of healthy aging men. J Clin Epidemiol. 2001;54:935–944.
Latest Health Info
Behind the Bottle: Your Medicine, Your Insight, Your Choice
Generic medicines are an important part of healthcare, offering an affordable and effective alternative to brand-name drugs. Simply put, generic ...
屏幕时间与儿童的发展:寻找平衡点
随着科技的快速发展,电子设备已广泛进入千家万户,儿童接触电子屏幕已成为普遍现象。尤其是在新冠疫情期间,疫情封锁导致儿童的 ...
Common Skin Conditions in Kids & How To Tackle Them
Did you know that 70.24% of skin condition patients are children aged 0-5 years? Due to their developing immune systems ...