- Home
- Health Center
- Health Info
- Suplemen untuk pembengkakan prostat yang bukan kanser (Benign Prostate Hypertrophy)
How to Choose
Suplemen untuk pembengkakan prostat yang bukan kanser (Benign Prostate Hypertrophy)
Apabila usia lelaki semakin meningkat, prostat semakin membesar1 Ini merupakan punca kepada pembengkakan prostat yang bukan kanser. Keadaan ini juga dikenali sebagai Benign prostatic hyperplasia (BPH) di mana prostat memerah pada uretra, iaitu tiub yang membawa air kencing dan air mani keluar dari zakar.2
BPH akan menyebabkan beberapa simptom berikut:1
- Aliran air kencing yang tidak lancar
- Meneran semasa kencing
- Rasa susah untuk mulakan kencing
- Pundi kencing tidak dapat dikosongkan sepenuhnya selepas kencing
- Aliran air kencing terganggu
- Kencing lebih kerap sama ada siang atau malam
- Perasaan terdesak hendak terkencing
Suplemen untuk BPH:
BPH merupakan isu biasa yang dihadapi oleh sebilangan besar kaum lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun. Keminatan untuk mengetahui suplemen yang boleh membantu dengan keadaan ini semakin meningkat. Berikut adalah suplemen yang digunakan secara meluas untuk BPH:
1. Saw Palmetto
Salah satu suplemen yang paling biasa digunakan untuk BPH, Saw Palmetto didapati boleh menyekat pemecahan hormon testosteron ke dalam produk sampingannya, dihidrotestosteron.3 Dihidrotestosteron menggalakkan pertumbuhan prostat.
2. Flower Pollen Extract
Prostatitis kronik adalah keadaan menyakitkan yang melibatkan keradangan prostat. Flower Pollen Extract telah dicadangkan untuk digunakan sebagai agen anti-radang di mana ia mungkin bermanfaat bagi lelaki yang mengalami prostatitis kronik.4
3. Pumpkin Seed Oil
Pumpkin Seed Oil mengandungi pelbagai sebatian anti-radang.4 Disebabkan potensi mengurangkan keradangan, Pumpkin Seed Oil juga merupakan satu lagi suplemen yang biasa digunakan untuk mengurangkan gejala BPH.
4. Soy Isoflavones
Tauhu dikatakan membantu dengan BPH. Ini berkemungkinan disebabkan oleh Soy Isoflavones yang terkandung dalam Tauhu. Beberapa kajian telah menunjukkan Soy Isoflavones bermanfaat untuk pesakit BPH dan boleh mengurangkan gejala BPH.5
5. Beta-sitosterol
Beta-sitosterol adalah sebatian tumbuhan yang telah terbukti mempunyai tindakan anti-oksidan dan anti-radang yang baik.4 Lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan keberkesanan Beta-sitosterol terhadap BPH dan kanser prostat.
Anda sentiasa boleh bertanya kepada ahli farmasi jika anda tidak pasti tentang suplemen yang mengandungi bahan aktif di atas. Walau bagaimanapun, jika anda sudah mengalami simptom BPH, anda perlu jumpa doktor dengan segera.
Rujukan:
- What Is BPH? [Internet]. WebMD. 2022 [cited 24 May 2022]. Available from: https://www.webmd.com/men/prostate-enlargement-bph/what-is-bph
- Benign prostatic hyperplasia (BPH) [Internet]. Mayo Clinic. 2022 [cited 24 May 2022]. Available from: https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/turp/multimedia/img-20474776
- Does Saw Palmetto Affect Testosterone? [Internet]. Healthline. 2022 [cited 24 May 2022]. Available from: https://www.healthline.com/health/testosterone-saw-palmetto#how-is-it-used?
- Prostate Health and Supplements: Know the Facts [Internet]. Healthline. 2022 [cited 24 May 2022]. Available from: https://www.healthline.com/nutrition/prostate-health-and-supplements#common-ingredients
- 7 Foods to Prevent an Enlarged Prostate [Internet]. Healthline. 2022 [cited 24 May 2022]. Available from: https://www.healthline.com/health/enlarged-prostate-diet#bell-peppers
- Benign Prostatic Hyperplasia – PORTAL MyHEALTH [Internet]. PORTAL MyHEALTH. 2022 [cited 28 June 2022]. Available from: http://www.myhealth.gov.my/benign-prostatic-hyperplasia/
Latest Health Info
Kulit Sihat, Hidup Sihat: Mengatasi Kulit Kering dalam Diabetes
Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda lebih tinggi dari normal. Ia boleh menyebabkan pelbagai ...
Diabetes & Footcare: Essential Tips
Diabetes affects how your body processes sugar (glucose), the main source of energy. Normally, the hormone insulin helps move glucose ...
Supplement and insulin sensitivity: What to consider
Understanding Insulin Sensitivity Insulin sensitivity refers to how effectively body cells respond to insulin, which helps regulate blood sugar levels. ...