Apa tu Atrial Fibrillation?

Fibrilasi Atrium ataupun Atrial Fibrillation (AF) boleh ditandai dengan degupan jantung yang ireguler, sama ada dengan frekuensi yang lambat (<60 kali/minit) ataupun cepat (>100 kali/minit). AF boleh meningkatkan risiko strok, kegagalan jantung, dan komplikasi jantung yang lain. AF berlaku di mana dua ruang atas jantung (Atrium) menerima isyarat elektrik yang huru-hara. 

 

Jenis-jenis Fibrilasi Atrium

Paroxysmal AF

Seperti perkataan ‘Paroxysm’, Paroxysmal AF memberikan serangan secara tiba-tiba tetapi dalam jangka masa yang singkat. Serangan ini boleh bertahan sehingga seminggu tetapi biasanya berhenti dalam 24 jam. 

Persistent AF (Berterusan)

Persistent AF boleh ditakrifkan sebagai serangan yang terus-menerus sampai lebih dari seminggu. 

Long-term persistent AF 

Perbezaan jenis AF ini dengan persistent AF adalah jangka masa yang lebih panjang selama setahun. 

Permanent AF (Kekal)

Irama jantung yang tidak teratur dan tidak dapat dipulihkan. Pesakit AF jenis ini memerlukan ubat kronik untuk menurunkan risiko strok. 


Bagaimana Fibrilasi Atrium
menyebabkan strok?

AF mengganggu irama pengepaman darah dan seterusnya menjejaskan pengaliran darah. Dalam keadaan ini, platelet lebih cenderung melekat antara satu sama lain. Strok terjadi apabila aliran darah ke otak disekat oleh pembekuan darah. 

 

Faktor risiko Fibrilasi Atrium

  • Umur
    Orang yang berumur tinggi mempunyai risiko yang lebih tinggi, terutamanya selepas usia 65 tahun.

  • Komorbiditi
    Masalah jantung yang lain seperti kegagalan jantung kongestif dan penyakit arteri koronari boleh meningkatkan risiko. Tekanan darah tinggi merupakan salah satu risiko juga. 

  • Tabiat gaya hidup
    Tabiat tertentu akan minigkatkan risiko mengalami AF, contohnya adalah seperti minuman arak, obesity, tekanan dan merokok. 

  • Pembedahan
    Risiko akan lebih tinggi pada hari awal ataupun mingguan selepas pembedahan jantung, paru-paru dan esofagus. 

  • Sejarah keluarga dan genetic
    Risiko mengalami AF adalah tinggi jikalau ahli keluarga menghidap penyakit ini. 

Cara-cara mengurangkan risiko Fibrilasi Atrium: 

  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mengelakkan minuman arak terlampau 
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mengururangkan tekanan dalam cara hidup
  • Berhenti merokok

     

Diagnosis Fibrilasi Atrium

Doktor akan menjalankan diagnosis berdasarkan sejarah perubatan dan keluarga, pemeriksaan fizikal, dan juga keputusan elektrokardiogram (EKG). 

 

Elektrokardiogram Ringkas

Cawangan CARiNG Pharmacy yang terpilih menyediakan mesin KARDIA yang mampu memberikan elektrokardiografi secara ringkas. Pelanggan boleh menghubungi mana-mana ahli farmasi di Caring Farmasi sekiranya mereka berminat.