Apakah Kelebihan Habbatus sauda?

Black Seed atau lebih dikenali sebagai Habbatus Sauda (juga dikenali sebagai nigella sativa, jintan hitam) telah digunakan selama beribu-ribu tahun sebagai rempah, pengawet makanan dan juga ubat tradisional. Ia mempunyai sejarah yang boleh dikesan sejak Dinasti Mesir.

Ekstrak Habbatus sauda mengandungi sebatian seperti thymoquinone, nigellone, protein, omega, vitamin E, saponin dan lain-lain lagi. Kesan sinergistik sebatian ini yang memberikan ekstrak Habbatus sauda mempunyai manfaat kesihatan yang sangat baik.

Apakah Kelebihan Habbatus sauda?

Melancarkan Peredaran Darah

Kajian telah mengesahkan manfaat Habbatus sauda dalam meningkatkan peredaran darah1. Sistem peredaran darah manusia bertanggung jawab untuk menghantar darah, oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Apabila aliran darah ke bahagian tertentu badan berkurangan, gejala yang mungkin dialami adalah seperti tangan dan kaki yang sejuk, kulit berubah warna atau pucat, kebas, urat varikos, bengkak atau edema, dada sesak, keletihan, dan sebagainya.

Habbatus sauda boleh membantu mengurangkan simptom peredaran darah yang lemah dengan meningkatkan aliran darah sambil membawa lebih banyak nutrien dan oksigen ke sistem badan terutamanya anggota badan.

Habbatus sauda boleh membantu mencegah kulit pucat, kuku rapuh dan rambut. Ia juga meningkatkan sistem imun dan mengurangkan keletihan.

Melegakan Keradangan

Kajian juga mendapati bahawa ekstrak Habattus sauda mengandungi kesan anti-radang dan antioksidan2. Kesan anti-radang dan antioksidan dikaitkan dengan bahan-bahan seperti thymoquinone dan asid lemak tak tepu dimana ia meneutralkan radikal bebas di dalam badan dan melindungi daripada kerosakan sel. Keradangan kronik jangka panjang menyumbang kepada masalah seperti tekanan darah tinggi, aterosklerosis, diabetes, arthritis, demensia, hati berlemak, kanser dan lain-lain.

Membantu masalah Alahan

Histamin merupakan sebatian yang terlibat dalam tindak balas alahan5. Kajian menunjukkan bahawa ekstrak Habbatus sauda mempunyai kesan anti-histamin, dimana ia bertindak sebagai agen perencatan pada histamin. Kajian juga mencadangkan bahawa pengambilan Habbatus sauda dapat melegakan batuk, semput dan meningkatkan fungsi paru-paru pada penghidap asma3.

Aktiviti antimikrobial

Terdapat kajian yang mencadangkan bahawa Habbatus sauda mempunyai aktiviti antimikrobial4 dengan keupayaan untuk melawan bakteria, parasit, kulat dan juga mengurangkan beban virus6.

Apakah Risiko Pengambilan Habbatus sauda?

Kesan sampingan daripada pengambilan Habbatus sauda secara amnya rendah. Namun ia boleh menyebabkan ruam alahan pada sesetengah orang. Ia juga boleh menyebabkan sakit perut, muntah, atau sembelit.

Akhir sekali, untuk sebarang penjelasan lanjut, sila bercakap dengan ahli farmasi di mana-mana kedai Farmasi CARiNG atau mesej kami di halaman Facebook kami.

Rujukan

  1. Sayeed M. S. B., Asaduzzaman M., Morshed H., Hossain M. M., Kadir M. F., Rahman M. R. The effect of Nigella sativa Linn. seed on memory, attention and cognition in healthy human volunteers.Journal of Ethnopharmacology.2013;148(3):780–786.
  2. Al Ghamdi, M. S. The anti-inflammatory, analgesic and antipyretic activity of Nigella sativa. J Ethnopharmacol. 2001;76(1):45-48.
  3. Boskabady, M. H., Javan, H., Sajady, M., and Rakhshandeh, H. The possible prophylactic effect of Nigella sativa seed extract in asthmatic patients. Fundam.Clin Pharmacol. 2007;21(5):559-566.
  4. Islam, S. K., Ahsan, M., Hassan, C. M., and Malek, M. A. Antifungal activities of the oils of Nigella sativa seeds. Pak.J Pharm.Sci 1989;2(1):25-28.
  5. Kalus, U., Pruss, A., Bystron, J., Jurecka, M., Smekalova, A., Lichius, J. J., and Kiesewetter, H. Effect of Nigella sativa (black seed) on subjective feeling in patients with allergic diseases. Phytother.Res. 2003;17(10):1209-1214.
  1. Hanafy MS, Hatem ME. Studies on the antimicrobial activity of Black seed seed (black cumin). J Ethnopharmacol 1991;34:275-8.