- Home
- Health Center
- Health Info
- Berfikir Untuk Menderma Darah? Inilah Yang Perlu Anda Ketahui
Berfikir Untuk Menderma Darah? Inilah Yang Perlu Anda Ketahui


Setiap individu mempunyai kumpulan darah yang berbeza: Kumpulan A, B, AB, and O.
Program pendermaan darah dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan jumlah kutipan darah yang akan membantu pesakit dari semua peringkat umur: mangsa luka bakar, mereka yang menjalani pembedahan, pesakit barah1. Jumlah darah yang dikumpulkan dari penderma darah bergantung pada berat badan mereka. Isi padu darah yang biasanya didermakan adalah 450mL, iaitu kurang dari 1 liter darah (568mL).
Keserasian Kumpulan Darah2
Penderma dan penerima mesti serasi. Darah O adalah penderma universal, manakala darah AB adalah penerima universal. Rujuk jadual di bawah untuk melihat keserasian kumpulan darah.
Imej 1: Carta Keserasian Kumpulan Darah
Nasihat Mengenai Apa Yang Harus Dilakukan Sebelum, Semasa dan Selepas Menderma Darah3
Sebelum:
- Makan dengan sihat. Elakkan makanan berminyak.
- Ambil makanan kaya zat besi: daging merah, ayam, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin diperkaya besi, dan kismis kering.
- Lebihkan meminum air dengan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Semasa:
- Minum segelas air kosong atau minuman tanpa alkohol sebelum temu janji.
- Pakai baju dengan lengan yang mudah digulung di atas siku.
- Bawa kad penderma dan kad pengenalan.
- Maklum segala ubat preskripsi, ubat over-the-counter dan keadaan kesihatan kepada petugas perubatan.
Selepas:
- Lebihkan meminum air dengan sekurang kurangnya tambahan 4 gelas dari biasa.
- Elakkan minuman beralkohol selama 24 jam selepas menderma.
- Biarkan pembalut luka selama beberapa jam.
- Elakkan diri daripada aktiviti-aktiviti sukan atau senaman berat, atau mengangkat barangan yang berat.
- Banyak berehat.
- Terus makan makanan kaya zat besi.
- Sekiranya tapak jarum mula berdarah, tekan dan angkat lengan anda selama 5-10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Segera dapatkan bantuan perubatan sekiranya pendarahan tidak berhenti.
- Ambil suplemen multivitamin dan zat besi jika sering menderma darah.
Siapa Yang Sesuai Dan Tidak Sesuai Untuk Menderma Darah4
Sekiranya berlaku kecemasan seperti kehilangan darah akibat kemalangan kereta, ia amat penting untuk membawa kad perubatan atau kad penderma bersama agar rawatan segera dapat dimulakan.
Kepentingan Kad Perubatan
Imej 2: Contoh Kad Penderma Darah
Setiap titik darah yang di sumbangkan adalah penting. Sekiranya anda berminat untuk menjadi penderma darah, anda boleh mendaftar di laman web Pusat Darah Negara atau menghubungi mereka di talian +603-26132657.
Rujukan
- Jenis-jenis pendermaan. Pusat Darah Negara (PDN). Updated on 18th January 2018. (Online) (Accessed on 13 August 2021). Available at: https://www.pdn.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=167&Itemid=141&lang=ms
- Facts about Blood and Blood Types. The American National Red Cross. Updated on 2021. (Online) (Accessed on 13 August 2021). Available at:https://www.redcrossblood.org/donate-blood/blood-types.html
- What to do Before, During and After a Donation. The American National Red Cross. Updated on2021. (Online) (Accessed on 13 August 2021). https://www.redcrossblood.org/donate-blood/blood-donation-process/before-during-after.html
- Blood Donor Eligibility Criteria. University Malaya Medical Centre. Updated on 2020. (Online) (Accessed on 13 August 2021). https://www.ummc.edu.my/pesakit/blood-CRITERIA.asp?kodBM=
Latest Health Info
Unpacking Lactose Issues: Intolerance, Deficiency, and Malabsorption Explained
Ever wonder why some people, or even yourself, are suffering from lactose intolerance? Lactose, the primary sugar in milk and ...
Detect to Protect: Why Cancer Screening Matters
Cancer is a complex group of diseases characterised by the uncontrolled growth and spread of abnormal cells in the body. ...
Get Vaccinated: Protecting Lives, One Shot at a Time
Vaccines are among the most powerful tools in medicine, saving millions of lives by preventing serious diseases. From children to ...