Biji Labu: Snek Berkhasiat Untuk Kesihatan

Labu adalah salah satu makanan kegemaran orang ramai. Buah ini digunakan sebagai hidangan lazat, juga untuk merawat pelbagai penyakit. Tahukah anda bahawa biji labu juga menpunyai manfaat kesihatan?

Fakta Yang Anda Mungkin Tidak Tahu Mengenai Biji Labu

  • Walaupun biji labu panggang lebih lazat daripada jenis yang kering, apabila dipanaskan, biji labu akan kehilangan sehingga 50% nutrien dan vitamin.1  Oleh itu, ia digalakkan untuk makan biji labu yang jenis kering berbanding yang dipanggang.
  • Biji labu digunakan sebagai anthelmintik. Untuk menghilangkan parasit, biji labu boleh dimakan ketika perut kosong. Kulit biji labu mengandungi cucurbitin racun semulajadi yang selamat dimakan. Racun ini melumpuhkan parasit serta dapat mencegah ia daripada melekat ke dinding usus.2,3
  • Boleh digunakan sebagai agen penyembuhan luka. Biji labu juga boleh digunakan untuk luka bakar. Letakkan biji labu yang dihancurkan di atas luka sebagai kompres.1
  • Sekiranya anda menghidap insomnia, anda boleh makan segenggam biji labu sebelum tidur. Biji labu merupakan sumber semulajadi tryptophan. Tryptophan adalah sejenis asid amino yang membolehkan anda tidur dengan lena. Zink dalam kacang ini juga membantu tryptophan untuk ditukar kepada melatonin, iaitu sejenis hormon tidur.4

Fakta Pemakanan Mengenai Biji Labu

  • Perkara terbaik mengenai biji labu adalah dos serat makanan yang anda dapat ketika anda memakannya. Serat akan membantu anda mengatasi rasa lapar. Sekiranya anda berusaha mencapai atau mengekalkan berat badan yang sihat, serat adalah rakan anda.5 Ia juga sangat berkesan dalam meningkatkan fungsi sistem pencernaan.
  • Biji labu kaya dengan antioksidan – ia mengandungi antioksidan seperti karotenoid dan vitamin E. Antioksidan dapat mengurangkan keradangan dan melindungi sel-sel kita daripada radikal bebas yang berbahaya. Dengan cara memakan makanan antioksidan, ia dapat melindungi tubuh daripada pelbagai penyakit keradangan seperti arthritis.
  • Biji labu juga kaya dengan magnesium, salah satu daripada tujuh mineral makro penting. Dua sudu biji labu mengandungi 74mg magnesium, yang sepadan dengan 25% keperluan magnesium harian. Magnesium memainkan peranan penting dalam tindak balas lebih daripada 300 jenis enzim dalam badan kita. Tugas ini merangkumi pencernaan makanan dan sintesis asid lemak dan protein. Magnesium mempunyai peranan penting untuk otot berfungsi dalam keadaan yang sihat; ia juga sangat bermanfaat untuk kesihatan tulang.4

Peranan Biji Labu Dalam Kesihatan Prostat

Ekstrak dan minyak biji labu telah lama digunakan dalam rawatan Benign Prostatic Hyperplasia (BPH). BPH adalah masalah kesihatan yang melibatkan pembesaran kelenjar prostat bukan kanser, dan biasanya mempengaruhi lelaki warga emas. Satu kajian mengenai kesan minyak biji labu dan minyak saw palmetto pada lelaki Korea dengan simptom BPH mendapati minyak biji labu dan minyak saw sawetto selamat secara klinikal. Ia boleh dikirakan sebagai makanan tambahan “supplement” yang berkesan untuk BPH. Kajian klinikal itu menggunakan minyak biji labu sebanyak 320mg sehari. Dalam kajian tersebut, rawatan kombinasi minyak biji labu dan minyak saw palmetto mengurangkan simptom BPH seperti kerap berkencing.6

Cara-cara Makan Biji Labu

  • Di kebanyakan negara, ia dikirakan sebagai makanan ringan kegemaran yang boleh dimakan sama ada mentah ataupun panggang, ia boleh ditambah garam atau tanpa garam.
  • Selain memakannya sendiri, anda boleh menambahkannya ke dalam smoothie, yogurt dan buah.
  • Boleh memasukkannya ke dalam makanan atau menaburkannya ke dalam salad, sup atau bijirin. Sebilangan orang menggunakan biji labu sebagai ramuan untuk roti dan kek manis.7
  • Boleh ditambah dalam granola dengan campuran kacang dan buah kering.8
  • Gunakan sebagai sos salad. Hancurkan daun bawang putih, pasli dan cilantro segar. Campurkan dengan minyak zaitun dan jus lemon.2

 

Rujukan:

  1. Biji labu – Gula-gula [Internet]. www.healthycatchups.com. [cited 27 September 2020]. Available from: https://may.healthycatchups.com/sostav-semechki-tykvy.html
  2. Benih labu – faedah dan bahaya untuk wanita dan lelaki, bagaimana untuk mengambil benih labu untuk rawatan – Diagnostik September [Internet]. www.midstatehealthassociates.com. [cited 27 September 2020]. Available from: https://www.midstatehealthassociates.com/pochemu-posle-tykvennyh-semechek-toshnit.htm
  3. Grzybek M, Kukula-Koch W, Strachecka A, Jaworska A, Phiri A, Paleolog J et al. Evaluation of Anthelmintic Activity and Composition of Pumpkin (Cucurbita pepo L.) Seed Extracts—In Vitro and in Vivo Studies. International Journal of Molecular Sciences. 2016;17(9):1456.
  4. Manfaat Biji Labu – Apakah kesan makanan pada kesihatan kita [Internet]. Sağlıklı yaşam için besinlerin sırları nelerdir keşfedin. [cited 27 September 2020]. Available from: https://www.1faydalari.com/ms/Apa-faedah-biji-labu/
  5. Nutrisi Biji labu: Kalori dan Manfaat Kesihatan [Internet]. Ms.julinse.com. [cited 27 September 2020]. Available from: https://ms.julinse.com/fakta-pemakanan-benih-labu/
  6. Hong H, Kim C, Maeng S. Effects of pumpkin seed oil and saw palmetto oil in Korean men with symptomatic benign prostatic hyperplasia. Nutrition Research and Practice. 2009;3(4):323.
  7. Top 11 Science-Based Health Benefits of Pumpkin Seeds [Internet]. Healthline. [cited 27 September 2020]. Available from: https://www.healthline.com/nutrition/11-benefits-of-pumpkin-seeds#TOC_TITLE_HDR_12
  8. Pumpkin seeds: Benefits, nutrition, and dietary tips [Internet]. Medicalnewstoday.com. 2018 [cited 27 September 2020]. Available from: https://www.medicalnewstoday.com/articles/303864#risks