Bayangkan situasi di mana anda sedang membeli barang keperluan mingguan keluarga di kedai runcit kegemaran anda. Pastinya anda pernah merasa terpaku sewaktu berada di lorong minyak masak, dengan kebanjiran pilihan minyak masak yang ada. Bagaimana untuk memilih minyak masak yang terbaik terutamanya untuk kesihatan jantung keluarga anda?
Seperti yang ramai tahu, terdapat lemak sihat yang merupakan sebahagian penting dalam diet yang sihat untuk jantung, tetapi pengambilan lemak yang betul adalah penting dan memerlukan perhatian yang teliti.
Minyak masak terdiri daripada 2 jenis; lemak tepu dan lemak tidak tepu. Secara umum, lemak tidak tepu adalah lebih baik untuk kesihatan jantung daripada lemak tepu. Lemak tidak tepu kemudian dipecah menjadi lemak tidak tepu tunggal dan lemak tidak tepu poli. Lemak tidak tepu tunggal boleh didapati dalam kepekatan yang tinggi dalam buah zaitun, avocado, dan kacang-kacang, sementara makanan seperti kacang walnut, bunga kanola dan ikan mengandungi lemak tidak tepu poli. Lemak tidak tepu tunggal juga mengandungi asid oleic yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari1.
Minyak zaitun ekstra dara tinggi dengan kandungan lemak tidak tepu tunggal dan mengandungi sehingga 73% antioksidan polifenol2Minyak zaitun adalah salah satu minyak paling sihat, samada untuk dimakan dengan makanan secara terus, atau untuk memasak di atas dapur pada suhu rendah atau sederhana.
Minyak kanola rendah kandungan lemak tepu. Tetapi anda perlu berhati-hati dalam memilih minyak kanola kerana minyak kanola perlu diproses secara sejuk. Kerosakan yang berlaku semasa pemprosesan boleh menyebabkan nutrien Omega-3 rosak dan menghilangkan faedah kesihatannya. Suhu tinggi semasa pemprosesan juga boleh mengubah kandungan minyak kanola menjadi menjadi lemak trans berbahaya.
Lebih separuh daripada minyak jagung adalah lemak poli tak tepu, dan ia juga mengandungi kadar lemak Omega-6 yang tinggi. Namun, minyak jagung tidak sesuai digunakan untuk menggoreng kerana ketidakstabilan komposisi kimia minyak jagung akan menghasilkan ‘aldehydes’ yang boleh memudaratkan kesihatan3.
Kebelakangan ini, minyak kelapa sawit sering dikaitkan dengan kesan yang memudaratkan kesihatan kerana ia terdiri daripada 50% lemak tepu. Namun, minyak kelapa sawit adalah lebih stabil pada suhu tinggi dan lebih sesuai digunakan untuk kaedah memasak menggunakan suhu tinggi seperti menggoreng. Minyak kelapa sawit adalah alternatif yang lebih baik berbanding mentega untuk menggoreng makanan kerana mentega mengandungi lemak trans yang bukan sahaja meningkatkan tahap LDL dan trigliserida, tetapi juga mengurangkan kolesterol HDL yang baik. Akan tetapi adalah semestinya lebih baik jika kita kurang makan makanan yang bergoreng.
Jika anda memerlukan lebih info mengenai minyak masak yang terbaik terutamanya untuk kesihatan jantung, jangan segan untuk bertanya kepada ahli farmasi di cawangan Caring Pharmacy yang berdekatan dengan anda!