- Home
- Health Center
- Health Info
- Keguguran Rambut Selepas Bersalin
Rambut
Keguguran Rambut Selepas Bersalin



By SAFURA
Pharmacist, CARiNG Pharmacy
Beberapa bulan selepas menyambut kelahiran cahaya mata anda, mungkin anda mula merasa lebih selesa dengan rutin harian sebagai ibu yang baru dan lebih mudah untuk anda mendapat tidur yang mencukupi. Akan tetapi, anda mula perasan bahawa rambut mulai gugur ke lantai dengan kadar yang banyak—Alamak, adakah mama bakal menjadi botak?
Jangan risau. Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal dan boleh terjadi kepada lebih separuh daripada semua ibu-ibu baru. Kebiasaannya ia tidak berlaku sejurus selepas melahirkan anak, sebaliknya lebih ketara sekitar empat ke lima bulan selepas bersalin. Keguguran rambut ini adalah berpunca daripada perubahan hormon selepas bersalin. Berita baik bahawa kebiasaannya keguguran rambut ini adalah bersifat sementara dan rambut akan kembali lebat apabila anak mencecah umur satu tahun.
Tiada rawatan yang diperlukan untuk keguguran rambut selepas bersalin, namun terdapat beberapa tips untuk membantu rambut tumbuh dengan lebih cepat supaya anda boleh merasa lebih yakin.
- Jangan syampu rambut secara berlebihan. Apabila anda mencuci rambut, gunakan syampu yang dirumus khas untuk mereka yang mempunyai masalah keguguran rambut dan formulasinya daripada bahan semulajadi serta elakkan penggunaan bahan kimia.
- Gunakan perapi rambut hanya pada hujung rambut anda. Menyapu perapi rambut pada akar rambut akan lebih membebankan rambut anda.
- Cuba mengelakkan atau mengurangkan rawatan rambut seperti pencelupan rambut dan rebonding buat sementara waktu. Suhu yang tinggi dan bahan kimia rawatan rambut kadang-kadang boleh merosakkan rambut dan menyebabkan keguguran rambut menjadi lebih teruk.
- Jika anda mengikat rambut, pastikan ikatannya tidak terlalu ketat untuk mengelakkan ketegangan pada rambut dan kulit kelapa.
- Makan makanan yang berkhasiat bagi memastikan badan anda mendapat nutrisi yang diperlukan, terutamanya makanan yang kaya dengan protein, zinc dan zat besi yang penting untuk pertumbuhan rambut. Anda juga boleh meneruskan supplement prenatal anda.
Masalah rambut gugur selepas bersalin boleh mengurangkan rasa keyakinan seseorang, tetapi jangan terlalu risau kerana tekanan juga boleh mempengaruhi hormon anda dan memburukkan lagi masalah keguguran rambut yang dialami. Sebaiknya, nantikan kehadiran bayi baru anda dan nikmati setiap saat sebagai ibu!
Latest Health Info
Healthy Weight, Happy Joints
How Does Weight Affect Knee Health? The Link Between Pounds And Pain Osteoarthritis (OA) involves the degeneration of joints, which ...
The Gut Warriors: Prebiotics, Probiotics and Postbiotics
When it comes to gut health, you’ve probably heard of prebiotics and probiotics. But did you know there’s also ...
Tip Moreh: Masa Berbuka Puasa
Moreh adalah tradisi unik yang biasanya diadakan selepas solat tarawih pada bulan Ramadan. Ia melibatkan penyediaan dan perkongsian makanan ringan ...