Manfaat Kesihatan Prun Yang Anda Perlu Ketahui

Prun & Sembelit

Prun ialah buah plum yang dikeringkan. Prun telah lama digunakan sebagai alternatif kepada ubat-ubatan untuk sembelit. Gejala-gejala sembelit seperti perut kembung, kurang selera makan, najis kering, dan tidak membuang air besar untuk beberapa hari boleh dilegakan dengan prun. 

Kandungan Prun

Setiap prun mengandungi:

  • Air: 31%
  • Karbohidrat: 67%
  • Serat: 7%
  • Protein: 2%
  • Lemak: 1%

Prun: Penyelesaian Masalah Sembelit?

Prun biasa digunakan untuk melegakan masalah sembelit. Fungsi prun ini boleh dikaitkan dengan kandungan sorbitol dalam prun. Sorbitol merupakan sejenis gula alkohol. Sorbitol merupakan sejenis laksatif osmotik. Sorbitol dapat meningkatkan kandungan air dalam usus. Proses ini mengembangkan usus. Akibatnya, otot usus akan mengecut dan memudahkan proses membuang air besar. 

Selain itu, prun juga mengandungi serat yang dapat membantu masalah sembelit.

Manfaat Lain Prun

Prun tinggi dalam kandungan Vitamin K, Vitamin A, Vitamin B2, Vitamin B3 dan Vitamin B6. Vitamin K penting dalam kesihatan tulang kita. Prun juga mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Antioksida baik untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit kronik.

Prun VS Jus Prun

Walaupun Jus Prun dibuat daripada prun, buah prun lebih berkesan sebagai laksatif. Prun mengandungi 2 kali ganda sorbitol berbanding dengan jus prun. Prun juga mengandungi serat yang tinggi untuk melegakan sembelit

Kemudaratan Prun?

Secara umumnya, prun merupakan pilihan selamat untuk masalah sembelit. Namun demikian, pengambilan prun secara berlebihan boleh memberi masalah seperti cirit-birit, kekejangan perut ataupun muntah.

Ada prun yang didapati mengandungi akrilamid yang tinggi. Akrilamid ialah karsinogen (bahan yang meningkatkan risiko kanser) yang terbentuk semasa memproses prun pada suhu melebihi 100°C. Ini boleh dielakkan dengan memilih prun yang dikeringkan dengan suhu yang rendah.

 

References:

  1. Prunes and Prune Juice: Health Benefits and Nutrition [Internet]. Healthline. 2020 [cited 28 November 2020]. Available from: https://www.healthline.com/health/food-nutrition/top-benefits-of-prunes-prune-juice#vitamins
  2. Laksatif untuk sembelit – PORTAL MyHEALTH [Internet]. PORTAL MyHEALTH. 2020 [cited 28 November 2020]. Available from: http://www.myhealth.gov.my/laksatif-untuk-sembelit/
  3. Prunes: Are There Health Benefits? [Internet]. WebMD. 2020 [cited 28 November 2020]. Available from: https://www.webmd.com/diet/prunes-health-benefits#2
  4. Sembelit – PORTAL MyHEALTH [Internet]. PORTAL MyHEALTH. 2020 [cited 28 November 2020]. Available from: http://www.myhealth.gov.my/sembelit-3/