- Home
- Health Center
- Health Info
- Mitos atau Fakta: Kandungan Gula di dalam Buah Boleh Mengganggu Paras Gula?
Mitos atau Fakta: Kandungan Gula di dalam Buah Boleh Mengganggu Paras Gula?
![Featured image](https://www.caring2u.com/wp-content/uploads/2023/11/CARiNG-2023-Internal-Calendar-Nov-Mitos-Fakta-CARiNG.png)
![](https://www.caring2u.com/wp-content/uploads/2023/11/Capture.png)
Seperti yang diketahui, buah-buahan secara natural mengandungi sejenis gula yang dikenali sebagai fruktosa. Fruktosa juga adalah karbohidrat sama seperti gula-gula yang lain. Tetapi berbeza dengan glukosa dan sukrosa, rasa fruktosa adalah lebih manis. Maka, wujudlah pemanis yang diproses menjadi sirap jagung, mengandungi fruktosa yang tinggi untuk kegunaan masakan.
Namun, kandungan fruktosa dalam buah-buahan asli sudah tentu jauh lebih rendah daripada gula yang sudah diproses.
Kandungan Fruktosa Pemanis VS Buah-buahan
Walaupun buah-buahan mengandungi fruktosa, buah-buahan juga mengandungi serat yang tinggi. Kandungan serat ini dapat melambatkan penyerapan kandungan gula.
Tanpa kandungan serat yang tinggi, pemanis yang mengandungi fruktosa yang tinggi akan menyebabkan lonjakan gula yang tinggi.
Pengambilan buah-buahan tidak akan menyebabkan lonjakan gula yang tinggi asalkan kesederhanaan diamalkan.
![](https://www.caring2u.com/wp-content/uploads/2023/11/Capture-1.png)
Apakah Tips Pemakanan Sekiranya Anda Adalah Penggemar Buah?
Untuk pengetahuan anda, jumlah kandungan karbohidrat di dalam makanan boleh mempengaruhi paras gula darah lebih daripada sumber karbohidrat, sama ada bersumberkan kanji atau gula. Ikuti tips berikut untuk pengambilan buah secara bersederhana.
- Semasa anda memutuskan buah yang hendak dimakan, perlu diingat bahawa satu hidangan buah harus mengandungi tidak lebih daripada 15 gram karbohidrat.
- Sekiranya anda memutuskan untuk makan buah rendah karbohidrat, anda boleh mengambil saiz hidangan yang lebih besar. Selagi saiz hidangan mengandungi 15 gram karbohidrat, kesan ke atas gula darah anda adalah sama.
- Berikut adalah buah-buahan yang mengandungi 15 gram karbohidrat;
- 1/2 epal
- 1/2 pisang
- 1 cawan blackberries
- 3/4 cawan blueberries
- 1 cup tembikai susu dipotong dadu
- 1 biji oren
- 1 cawan raspberries
- 1 1/4 cawan strawberries
![](https://www.caring2u.com/wp-content/uploads/2023/11/Capture-2.png)
Konklusinya, jangan runsing akan pengambilan buah-buahan didalam diet harian kerana gula di dalam buah tidak akan menyebabkan lonjakan paras gula darah secara mendadak. Tubuh badan manusia mencerna gula di dalam buah lebih lambat berbanding gula yang sudah diproses seperti gula pasir (sukrosa), sirap jagung yang mengandungi glukosa, fruktosa (gula yang diproses daripada sumber buah-buahan), dan juga maltosa.
Sumber: Diabetes diet: Should I avoid sweet fruits? https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diabetes/expert-answers/diabetes/faq-20057835
Latest Health Info
Guys, If You Are Doing This, You Will Lose Your Hair
Men are more prone to hair loss. This is due to the hormone dihydrotestosterone in the body which results in ...
Guys, You Might Be Having This Condition If You Have Weak Urine Stream
Weak urine stream, difficulty starting urinating and needing to pee more frequently. If you have many of the symptoms above, ...
Gastric Issues: ‘I still eat on time, why do I still get it’
Although irregular meal timings are frequently linked to gastric issues, there are a number of other, less well-known risk factors ...