Pola Kebotakan Lelaki - CARiNG Pharmacy

Pola Kebotakan Lelaki

mature-man-having-balding-problems

Pola Kebotakan Lelaki , juga dikenali sebagai alopecia androgenik(AGA), adalah sejenis keguguran rambut yang paling lazim pada lelaki di mana it  menjejaskan 30-50% lelaki pada usia 50 tahun dan ke atas. Walaupun AGA sering dianggap sebagai keadaan dermatologi yang tidak serius, keguguran rambut mampu menjejaskan imej diri dan merupakan punca kebimbangan dan kemurungan pada sesetengah lelaki.

Pola kebotakan lelaki bercirikan rambut menyurut dari sebelah sisi dahi (receding hairline) dan/atau menipis di bahagian atas. Kedua-dua menjadi semakin jelas sehingga mereka akhirnya bersambung, meninggalkan bentuk rambut ladam kuda sekitar belakang kepala.

Walaupun ia biasanya dilihat pada lelaki yang lebih tua, AGA  juga boleh melibatkan golongan lelaki berusia muda.

Keguguran rambut berlaku kerana perubahan kepada kitaran pertumbuhan rambut yang normal. Dalam kitaran pertumbuhan rambut biasa, kebanyakan rambut kekal dalam fasa pertumbuhan (dikenali sebagai fasa anagen). Fasa ini berlangsung selama kira-kira 3 hingga 6 tahun sebelum ia gugur dan rambut baru tumbuh di tempatnya. Dalam AGA, rambut di kawasan kulit kepala yang terjejas mempunyai fasa pertumbuhan yang lebih pendek dalam beberapa minggu atau bulan sebelum ia gugur. Proses ini mengakibatkan tompok menipis dan botak.[1]

HIPERPLASIA KELENJAR PROSTAT (BPH)

Hiperplasia Kelenjar Prostat (BPH) adalah pembengkakan kelenjar prostat yang bukan bersifat kanser. BPH selalunya berlaku kepada kaum lelaki yang berumur 50 tahun ke atas. Kadar kejadian BPH akan semakin meningkat mengikut umur. Mengikut laporan, kadar kejadian BPH adalah 50% dalam usia lingkungan 50 – 60  tahun dan hampir 90% pada umur 80 tahun ke atas. [2]

Apabila kelenjar prostat membesar, iai akan menekan salur kencing dan menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan akibatnya mengurangkan kelancaran aliran kencing. Apabila kelenjar prostat ini semakin membengkak, pesakit perlu meneran semasa kencing.

Pesakit yang menghidapi BPH akan mengalami berbagai-bagai gejala kencing yang tidak selesa, termasuk kencing dengan lebih kerap dan merasakan yang pundi kencing tidak dapat dikosongkan. Pesakit juga akan rasa susah untuk memulakan kencing dan aliran kencing mereka biasanya adalah tidak lancar.

CIRI-CIRI PERSAMAAN AGA DAN BPH

Kedua-dua AGA dan BPH secara lazimnya dicirikan oleh kehadiran hormon androgen dihidrotestosteron (DHT) pada paras yang tinggi.

DHT ialah hormon steroid yang dihasilkan secara semula jadi dalam badan dan memainkan peranan utama dalam membangunkan ciri maskulin tertentu seperti prostat, pertumbuhan otot, suara dalam dan pertumbuhan rambut.

Kelenjar prostat boleh menghasilkan sejumlah besar DHT. Pengeluaran DHT  ini merangsang aktiviti normal prostat tetapi juga biasanya membawa kepada pertumbuhan prostat.

Paras  DHT yang tinggi boleh mengecutkan folikel rambut  dan memendekkan kitaran pertumbuhan rambut, mengakibatkan keguguran rambut.

CARA MENGAWAL PARAS DHT

Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan paras DHT di mana ia mungkin mengurangkan risiko kejadian AGA dan BPH.. Berikut merupakan beberapa cara tersebut:

1. Diet

Terdapat beberapa makanan yang merupakan penyekat DHT semulajadi seperti sayur-sayuran yang kaya dengan Zink seperti bayam, cendawan putih dan kangkung, makanan yang kaya dengan lycopene seperti tomato, tembikai dan lobak merah dan makanan yang kaya dengan biotin seperti buah beri, hati dan kekacang.

2. Ubat Perencat Reseptor 5AR

Perencat 5AR menghalang badan daripada menukar testosteron kepada DHT. Contoh ubat adalah  Dutasteride, Topikal Minoxidil, dan Finasteride

3. Perubahan Gaya Hidup

Mengamalkan gaya hidup sihat boleh membantu mengurangkan tahap DHT secara semula jadi. Ini termasuk senaman yang kerap, berhenti merokok, mengurangkan tekanan dan banyak berehat.

4. Pengambilan herba yang menyekat DHT

Beberapa penyekat DHT herba termasuk kulit pygeum, teh  hijau dan, saw palmetto.

Akhir sekali, untuk sebarang penjelasan lanjut, sila bercakap dengan ahli farmasi di mana-mana kedai Farmasi CARING atau mesej kami di halaman Facebook kami.

Rujukan:

1. Ellis J.A., Sinclair R., Harrap S.B. Androgenetic alopecia: pathogenesis and potential for therapy. Expert Rev Mol Med. 2002;4:1–11 

2. Meigs J.B., Mohr B., Barry M.J., Collins M.M., McKinlay J.B. Risk factors for clinical benign prostatic hyperplasia in a community-based population of healthy aging men. J Clin Epidemiol. 2001;54:935–944.