Susu Alternatif: Manfaat Susu Kambing Untuk Si Manja

Kesalahfahaman yang paling umum apabila anda menukar rumusan susu anak anda hanya pada bila masalah timbul adalah tepat – sebab ia memang KESALAHFAHAMAN, kerana kekurangan maklumat yang nyata dan bukti saintifik tentang manfaat-manfaat susu kambing untuk kanak-kanak.

 

Kami berada di sini untuk menunjukkan kepada anda manfaat-manfaat susu kambing dan mengapa anda harus memberikan kebaikan susu kambing ini kepada anak anda hari ini.

 

Fakta #1 – Komposisi Protein & Ologosakarida Adalah Serupa Susu Manusia

Berdasarkan kajian saintifik ini, komposisi protein dalam susu kambing adalah serupa dengan susu manusia, menjadikan susu kambing sebagai alternatif yang baik kepada susu manusia bagi ibu-ibu yang ingin menggantikan susu formula, ataupun yang ingin menyapih bayi mereka.

 

Selain itu, saintis turut menemui lima jenis oligosakarida dalam susu kambing yang juga terdapat dalam susu ibu, justeru memastikan bahawa “formula susu kambing mempunyai sifat prebiotik dan anti-jangkitan yang kuat, sama seperti susu ibu manusia.”

 

 

Fakta #2 – Prebiotik Yang Lebih, Sebanyak 5x hingga 8x Kali

Prebiotik membantu sistem pencernaan dan membina imuniti si manja. Secara kebetulan, susu kambing secara semula jadinya tinggi dalam prebiotik, berdasarkan penyelidikan saintifik ini, yang mendapati bahawa susu kambing mempunyai kira-kira 5 hingga 8 kali lebih oligosakarida (prebiotik) daripada susu lembu. Prebiotik adalah sangat penting untuk si manja terutamanya sekarang, dengan keadaan virus berjangkit merebak berleluasa.

 

 

Fakta #3 – Kandungan Kalsium Yang Tinggi Secara Semula Jadi

Susu kambing juga secara semula jadinya tinggi dalam kandungan kalsium, jadi anda tahu anda memberikan yang terbaik kepada si manja untuk pertumbuhan tulangnya.

 

 

Fakta #4 – Lebih Mudah Dihadam

Oleh sebab sistem perncernaan si manja masih muda, susu kambing amat sesuai kerana ia lebih mudah dihadam. Menurut Kumar dan lain-lain dalam kajian mereka, saiz globula lemak susu kambing adalah 1/3 saiz susu lembu.

 

Susu kambing juga menghasilkan gumpalan yang lebih lembut dan ringan di dalam perut, seperti yang disimpulkan oleh saintis dalam kajian ini.

 

 

Fakta #5 Sumber Tenaga Yang Lebih Efisien

Susu kambing mengandungi lebih banyak Asid Lemak Rantaian Sederhana, yang “mempunyai aktiviti metabolik yang unik untuk membekalkan tenaga bagi si manja yang sedang membesar, dan digunakan untuk rawatan pesakit yang megalami masalah penyerapan”, seperti yang disahkan dalam penemuan saintifik ini.

 

 

Fakta #6 – Kurang Alergenik

Susu kambing mengandungi tahap beta-casein jenis A2 yang tinggi secara semula jadi, dan tidak mengandungi beta-casein jenis A1 – sejenis protein yang terdapat dalam susu lembu yang menyebabkan ketidakselesaan, kekejangan dan kekembungan perutmenjadikan susu kambing kurang alergenik.

 

 

Fakta #7 – Tinggi Dalam Nukleotida Secara Semulajadi

Nukleotida adalah penting untuk penambahan berat badan dan pertumbuhan kepala si manja, oleh itu nukelotida biasanya akan ditambahkan ke dalam rumusan susu lembu. Walau bagaimanapun, nukleotida boleh dijumpai secara semulajadi dalam susu kambing; oleh sebab itu suplemen tiruan tidak diperlukan, menurut artikel ini.

 

 

Nota sampingan

Dalam usaha kami untuk mecari formula susu yang sihat untuk anak-anak, kami mendapati bahawa rumusan susu kambing premium dari New Zealand, Baby Steps BBs-3, mengandungi kandungan DHA yang tertinggi – ianya sangat penting untuk perkembangan otak dan penglihatan anak anda – daripada semua formula susu kanak-kanak (termasuk susu lembu) di pasaran pada masa ini.

 

Reputasi negatif gula memang dikenali ramai; jikalau kita mengurangkan pemakanan gula untuk kita sendiri, mengapa kita tidak melakukan yang sama untuk si manja? Menurut artikel ini, kebanyakan formula susu di pasaran “mengandungi hampir dua kali ganda kandungan gula, berbanding dengan minuman yang terkenal seperti Fanta Orange. ” Secara kebetulan, kami mendapati bahawa Baby Steps BBs-3 tidak mengandungi sebarang gula tambahan (selain daripada laktosa semulajadi).

Artikel Oleh: