Ionic App

Jom Kurang Manis BM

Ramadan Bersama Caring

Sempurnakan Sahur, Sempurnakan Kehidupan.

Apakah yang merisaukan anda?
Dalam bulan Ramadan yang mulia, sudah lazim bagi individu yang menghidap pra-diabetes atau diabetes untuk berasa bimbang akan pengawalan gula dalam darah setelah berpuasa selama berjam-jam. Jika paras gula dalam darah berubah secara mendadak, hipoglisemia atau hiperglisemia mungkin akan berlaku. Berikut ialah maklumat lanjut tentang gejala ini.

Berminat untuk tahu dengan lebih lanjut? Klik di sini untuk menempah temu janji anda.

Pengenalan

Hipoglisemia

Paras Gula dalam Darah yang Rendah
Sekiranya paras gula dalam darah anda kurang daripada 3.9 mmol/L, tubuh anda mungkin akan mula menggeletar, berpeluh, berdebar-debar, berasa terlalu lapar, sakit kepala atau hendak pitam.

Faktor penyebab:
  • Pemakanan karbohidrat yang tidak mencukupi
  • Bersahur terlalu awal
  • Tidak bersahur
  • Aktiviti fizikal yang berat pada waktu siang
  • Peningkatan dos insulin atau ubat diabetes

Hiperglisemia

Paras Gula dalam Darah yang Tinggi
Sekiranya paras gula dalam darah anda melebihi bacaan 16.6 mmol/L, anda mungkin akan berasa terlalu dahaga atau lapar, kerap membuang air, loya, tubuh badan menjadi terlampau letih, atau muntah.

Faktor penyebab:
  • Pengambilan karbohidrat dan makanan atau minuman manis yang berlebihan
  • Tidak memakan ubat diabetes
  • Tidur sepanjang hari atau tidak aktif

Penyelesaian

KAEDAH 1

Sukat Jumlah Karbohidrat yang Diambil

Selain daripada protein dan lemak, karbohidrat merupakan salah satu kumpulan makanan yang utama. Ia berfungsi untuk membekalkan gula kepada badan, dan kemudiannya ia akan bertukar menjadi tenaga untuk menyokong fungsi tubuh dan pengamalan aktiviti fizikal. Klik butang di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut tentang cara menyukat karbohidrat.

KAEDAH 2

Sajian Ramadan

Pemilihan makanan yang betul dan pengawalan saiz hidangan memainkan peranan besar dalam mengawal paras gula dalam darah. Hal ini adalah wajar, lebih-lebih lagi dengan Bazar Ramadan yang banyak dibuka pada bulan yang mulia ini. Panduan ini akan membimbing anda tentang cara untuk menentukan saiz hidangan di atas pinggan supaya anda kekal sihat. Anda boleh melakukan semua ini tanpa mengorbankan hidangan Ramadan yang anda gemari.

KAEDAH 3

Formula Khusus Diabetes (FKD)

Diet terkawal yang dilengkapi dengan pengambilan sekumpulan nutrien tertentu juga merupakan satu pilihan yang bijak dalam usaha membantu mengawal paras gula dalam darah. Terdapat banyak pilihan di luar sana yang dapat membantu anda memenuhi zat makanan yang anda perlukan, serta mengawal berat badan dan paras gula dalam darah semasa berpuasa.

Perlukan Bantuan?

Jika anda perlukan maklumat yang selanjut tentang nasihat pemakanan semasa bulan Ramadan atau Formula Khusus Diabetes, sila klik butang di bawah untuk tempah sesi rundingan percuma dengan ahli farmasi Caring yang berdekatan anda!

Jangan risau! Kami bersedia memberi layanan kepada anda.

Sekiranya anda sudah berunding dengan Pegawai Farmasi Caring dan kemudian anda mempunyai sebarang soalan yang lain, sila hubungi talian perunding Jom Kurang Manis kami di 1-800-88-3433. Isnin hingga Jumaat antara pukul 10:00 pagi hingga 6:30 petang.
Powered by: