Jom Kurang Manis 2022 BM - CARiNG Pharmacy
Ionic App

Jom Kurang Manis 2022 BM

Ramadan Bersama Caring

Pengenalan

Hipoglisemia

Paras Gula dalam Darah yang Rendah Sekiranya paras gula dalam darah anda kurang daripada 3.9 mmol/L, tubuh anda mungkin akan mula menggeletar, berpeluh, berdebar-debar, berasa terlalu lapar, sakit kepala atau hendak pitam. Faktor penyebab:
  • Pemakanan karbohidrat yang tidak mencukupi
  • Bersahur terlalu awal
  • Tidak bersahur
  • Aktiviti fizikal yang berat pada waktu siang
  • Pengambilan dos insulin atau ubat diabetes yang berlebihan

Hiperglisemia

Paras Gula dalam Darah yang Tinggi
Sekiranya paras gula dalam darah anda melebihi bacaan 16.6 mmol/L, anda mungkin akan berasa terlalu dahaga atau lapar, kerap membuang air, loya, tubuh badan menjadi terlampau letih, atau muntah.

Faktor penyebab:

  • Pengambilan karbohidrat dan makanan atau minuman manis yang berlebihan
  • Tidak ambil ubat diabetes
  • Tidur sepanjang hari atau tidak aktif

Penyelesaian

KAEDAH 1

Sukat Jumlah Karbohidrat yang Diambil

Selain daripada protein dan lemak, karbohidrat merupakan salah satu kumpulan makanan yang utama. Ia berfungsi untuk membekalkan gula kepada badan, dan kemudiannya ia akan bertukar menjadi tenaga untuk menyokong fungsi tubuh dan pengamalan aktiviti fizikal. Klik butang di bawah untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara menyukat karbohidrat.

KAEDAH 2

Sajian Ramadan

Pemilihan makanan yang betul dan pengawalan saiz hidangan memainkan peranan besar dalam mengawal paras gula dalam darah. Hal ini adalah wajar, lebih-lebih lagi dengan Bazar Ramadan yang banyak dibuka pada bulan yang mulia ini. Panduan ini akan membimbing anda tentang cara untuk menentukan saiz hidangan di atas pinggan supaya anda kekal sihat. Anda boleh melakukan semua ini tanpa menjauhkan daripada hidangan Ramadan yang anda gemari.

KAEDAH 3

Formula Khusus Diabetes (FKD)

Diet terkawal yang dilengkapi dengan pengambilan sekumpulan nutrien yang ditetapkan merupakan satu pilihan yang bijak dalam usaha membantu mengawal paras gula dalam darah. Terdapat banyak pilihan di luar sana yang dapat membantu anda memenuhi zat makanan yang anda perlukan, serta mengawal berat badan dan paras gula dalam darah semasa berpuasa.

Petua Mudah untuk Membantu Anda Makan dengan Betul & Kekal Sihat Semasa Bulan Ramadan

Panduan Pemakanan bagi Pesakit Diabetes Semasa Bulan Ramadan

Semasa bulan Ramadan yang mulia ini, kawalan pemakanan lebih mudah untuk dibicarakan daripada untuk diamalkan, terutama sekali bagi para pesakit Diabetes. Inilah sebabnya kami telah menyediakan Siri Pelan Pemakanan Ramadan & Syawal yang menyeluruh ini untuk anda fahami dengan lebih lanjut tentang pengambilan makanan anda dan lantas melalui ibadah puasa dengan lebih mudah.

Pengurusan Pengambilan Karbohidrat Semasa Bulan Ramadan

Karbohidrat tidak lekang daripada kehidupan rakyat Malaysia memandangkan hampir semua makanan tempatan kegemaran kita mengandunginya – daripada roti canai untuk sarapan sehinggalah nasi beras wangi yang kita jamah pada waktu tengah hari dan makan malam. Dalam siri video ini, kami akan membimbing anda tentang cara untuk menikmati karbohidrat secara sederhana dan bagaimana anda boleh mengambil peluang sempena bulan Ramadan ini untuk mengubah tabiat pemakanan anda sekali gus!

Rancangan Pemakanan Ramadan

Ibadah puasa pada bulan Ramadan boleh menjadi satu cabaran bagi penghidap penyakit diabetes. Sila tonton video ini untuk mendapat maklumat tentang Pelan Pemakanan Ramadan dan cara ia membantu anda mengawal tahap gula darah anda sepanjang bulan yang mulia ini.

Kawal Tahap Emosi Pesakit Diabetes Semasa Bulan Ramasan & Syawal

Anda mungkin menghadapi tekanan emosi semasa berpuasa dan menyambut Hari Raya kerana kebimbangan yang anda hadapi akan tahap gula darah anda. Sila tonton video ini bagi langkah-langkah yang boleh membantu para penghidap diabetes kekal sihat dan gembira.

Pilihan Makanan yang Lebih Sihat di Bazar Ramadan

Bagi pesakit diabetes, pemilihan makanan yang betul semasa bulan Ramadan adalah rumit! Ketahui apa yang tercetus dalam tubuh anda menerusi panduan video ringkas ini.

Rancangan Pemakanan Syawal

Tahukah anda bahawa anda boleh menikmati hidangan Aidil Fitri yang lazat-lazat dan pada masa yang sama masih kekalkan tahap gula anda? Ketahui dengan lebih lanjut menerusi panduan ringkas kami dalam video ini!

Perlukan Bantuan?

Jika anda perlukan maklumat yang selanjut tentang nasihat pemakanan semasa bulan Ramadan atau Formula Khusus Diabetes, sila klik butang di bawah untuk tempah sesi rundingan percuma dengan ahli farmasi Caring yang berdekatan anda!

Jangan risau! Kami bersedia memberi layanan kepada anda.

Sekiranya anda sudah berunding dengan Pegawai Farmasi Caring dan kemudian anda mempunyai sebarang soalan yang lain, sila hubungi talian perunding Jom Kurang Manis kami di 1-800-88-3433. Isnin hingga Jumaat antara pukul 10:00 pagi hingga 6:30 petang.
Powered by: