Penyelesaian 2022 - CARiNG Pharmacy
Ionic App

Penyelesaian 2022

Penyelesaian

KAEDAH 1

Sukat Karbohidrat

Karbohidrat adalah salah satu dari kelas utama makanan selain protein dan lemak. Nutrien ini berfungsi untuk membekalkan badan dengan gula yang akan ditukar menjadi tenaga bagi menyokong fungsi tubuh badan dan aktiviti fizikal.

Gunakan panduan mudah ini yang berdasarkan makanan harian di Malaysia untuk kawal pengambilan karbohidrat anda dengan lebih baik.

Untuk lebih mudah difahami, tangan anda boleh digunakan untuk menyukat saiz hidangan atau dikenali sebagai ‘pertukaran’ bagi makanan berkarbohidrat seperti yang digambarkan di bawah.

Anda digalakkan mendapat khidmat nasihat daripada pakar perubatan untuk menentukan jumlah karbohidrat yang badan anda perlukan untuk mengawal tahap gula dalam darah dengan baik. Mereka juga dapat memberi nasihat berkenaan dengan perancangan menu.

Berikut adalah beberapa sumber serta ukuran karbohidrat berdasarkan 1 pertukaran (15g karbohidrat).

*Tidak digalakkan, pengambilannya harus dihadkan.
Memandangkan Hari Raya semakin hampir tiba, sudah pasti anda ingin menikmati hidangan-hidangan yang bakal menanti anda. Daripada merasa runsing kerana terlebih makan, sebaliknya anda boleh mengawal pengambilan makanan tanpa rasa bersalah dengan memahami bagaimana setiap sajian enak itu boleh dianggarkan sebagai 1 pertukaran karbohidrat (atau setengah cawan beras).

KAEDAH 2

Pinggan Ramadan

Pengawalan saiz hidangan makanan adalah antara alat paling berkesan untuk menjaga kesihatan, pengambilan nutrisi dan tahap gula darah anda. Kaedah ini membolehkan anda menikmati pelbagai jenis makanan, dan anda tidak akan merasa jemu kerana terpaksa memakan hidangan yang sama berulang kali. Di samping itu, anda dapat menikmati semua kebaikan nutrien yang badan anda perlukan untuk bekerja sepanjang hari.

1

½ Sayur-sayuran

Mulakan sajian anda dengan memakan sayur-sayuran terlebih dahulu

2

¼ Protein

(Ikan, ayam, daging atau kekacang) Pilihan terbaik: bahagian daging yang kurang lemak

3

¼ Karbohidrat

(Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin atau ubi) Pilihan terbaik: bijirin penuh

4

Buah-buahan

Pilihan terbaik: Buah-buahan segar atau kurma

5

Air kosong

Sentiasa cuba untuk memilih air kosong dan kurangkan pengambilan minuman berkafein

6

Sup atau kuah

Selalu pilih kaedah masakan yang rendah lemak

Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  1. Berhati-hati terhadap karbohidrat yang mungkin tersembunyi contohnya di dalam kuah.
  2. Gunakan pinggan bersaiz lebih kecil kerana kaedah ini membuatkan saiz hidangan kelihatan lebih besar.
  3. Air kosong ialah pilihan terbaik dalam semua keadaan.
  4. Tiada sajian yang lengkap tanpa sayur-sayuran.
  5. Makan sayur dahulu, diikuti lauk pauk dan kemudian barulah karbohidrat.

Kerana anda kini memahami cara membahagikan hidangan dengan betul,
tibalah masanya untuk menangani godaan-godaan di Pasar Ramadan.

Petua-petua yang patut anda ikuti:

  • Senaraikan setepat mungkin semua makanan yang anda inginkan untuk mengelakkan pembelian berlebihan.
  • Beli makanan yang rendah minyak dan gula, dan biasakan mengambil pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran. Kuantiti makanan yang betul juga penting untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.
  • Pilih juadah yang dimasak secara sihat (seperti hidangan yang direbus, dibakar atau dikukus) bagi mengekalkan berat badan sihat.
  • Berjaga-jaga dengan makanan manis seperti kuih-muih, bubur serta minuman manis kerana jenis-jenis makanan ini mengandungi karbohidrat yang boleh meningkatkan paras gula darah anda.
  • Antara pilihan sihat yang disyorkan dan boleh didapati di pasar Ramadan termasuklah:
Jangan lupa untuk membuat pembahagian makanan di atas pinggan bagi juadah yang anda beli dari Pasar Ramadan!

KAEDAH 3

Formula Khusus Diabetes (FKD)

Terdapat banyak Formula Khusus Diabetes dalam pasaran yang boleh menjadi minuman penting untuk mengawal paras gula darah sewaktu berpuasa pada bulan Ramadan. Minuman ini juga merupakan cara berkesan untuk membantu melengkapkan keperluan nutrien serta mengawal berat badan anda.

Apakah Itu Formula Khusus Diabetes?

Formula ini ialah minuman yang dirumuskan khas bagi mereka yang menghadapi masalah mengawal atur paras gula di dalam darah. Pada masa yang sama, formula ini juga membekalkan anda dengan gabungan nutrien yang unik. Pengalaman berpuasa anda mungkin menjadi lebih mudah jika anda memperkenalkan formula ini ke dalam Pelan Pemakanan Ramadan anda mengikut jumlah kalori yang bersesuaian.

Apakah Yang Menjadikannya Unik?

Formula ini mengandungi karbohidrat yang dihadamkan secara perlahan yang juga mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Ini membuatkannya lambat dihadamkan dan membantu mengekalkan paras gula darah anda. Tambahan pula, formula ini diperbuat daripada protein wei, lemak tak tepu, serat boleh larut, dan probiotik yang penting untuk sistem pencernaan anda. Ini menjadikannya tambahan sempurna semasa sahur atau snek mini semasa berbuka puasa.

Mengapakah Penting Untuk Mempunyai Indeks Glisemik Dan Muatan Glisemik Yang Rendah?

Indeks Glisemik

Indeks Glisemik ialah susunan pangkat bagi pelbagai jenis karbohidrat berdasarkan seberapa banyaknya karbohidrat itu dapat meningkatkan paras gula darah berbanding dengan sejumlah karbohidrat yang sama (50g) di dalam bahan makanan rujukan seperti roti putih atau minuman glukosa. Sekiranya Indeks Glisemik sesuatu bahan makanan adalah tinggi, maka paras gula darah akan naik lebih tinggi sekiranya bahan itu dimakan.

Muatan Glisemik

Muatan Glisemik pula ialah sebuah nilai yang mengambil kira Indeks Glisemik sesebuah makanan dan juga jumlah kandungan karbohidrat sedia ada di dalam makan itu. Nilai yang terhasil mencerminkan kualiti dan juga kuantiti karbohidrat dalam makanan itu.

Boleh Juga Digunakan Di Dalam Resipi!

Susu Kocak Semanis Kurma untuk 1 hidangan
Bahan-bahan:
3 biji kurma (21 g)
3.5 cedok NUTREN® Untuk Diabetik (dibancuh 120 ml air)
Beberapa biji kacang walnut

Cara penyediaan:
  1. Bancuh 3.5 cedok formula seperti NUTREN® Untuk Diabetik dengan 120 ml air.
  2. Masukkan kurma, walnut dan bancuhan NUTREN® Untuk Diabetik ke dalam pengisar. Kisar selama 30 saat.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan sejukkan.
  4. Sedia untuk diminum.

Untuk Maklumat Lebih Lanjut Tentang Formula Khusus Diabetes Dan Cara Menyesuaikannya Dalam Diet Harian Anda, Sila Klik Butang Di Bawah.

Tak Perlu Risau Lagi dengan Pelan 14-Hari Menu Ramadan dan Panduan Pemakanan yang Berkesan!

Lebih senang untuk bercakap tentang pemakanan yang betul semasa bulan Ramadan daripada untuk melaksanakannya. Kadang kala, kita tidak tahu di mana titik permulaannya. Itulah sebabnya kami telah menyediakan buku-buku kecil Pelan 14-Hari Menu Ramadan dan Panduan Pemakanan yang Berkesan dalam Pelan Pemakanan Ramadan untuk mencapai tahap gula darah yang optimum sepanjang bulan yang mulia ini.

Buku-buku kecil ini telah diperkembangkan oleh pakar diet yang berkelayakan daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia dengan sokongan Sains Kesihatan Nestlé, dan telah direka untuk membimbing anda melalui ibadah puasa anda. Ia merangkumi semua perkara yang anda perlukan dalam merancang pengambilan makanan anda semasa bulan Ramadan seperti Pelan 14-Hari Menu Ramadan yang membekalkan menu harian yang sihat berasaskan sasaran kalori yang telah disyorkan kepada anda dengan perkadaran makro nutrien yang seimbang.

Ramadan tidak sepatutnya menyakitkan pankreas anda! Kami harap kedua-dua buku kecil ini akan membantu anda berpuasa tanpa rasa risau dan yang paling penting, nikmati bulan yang mulia ini dengan orang yang anda sayangi. Lagipun, tiada apa yang lebih manis daripada berbuka puasa bersama orang yang dikasihi. Jadi, anda tak perlu risau lagi dan klik butang di bawah untuk memuat turun Pelan 14-Hari Menu Ramadan dan Panduan Pemakanan yang Berkesan!

Powered by: