Resipi 2022 - CARiNG Pharmacy
Ionic App

Resipi 2022

Kawal Paras Gula Dengan Mudah Pada Bulan Ramadan Ini

Isomaltulosa Dalam NUTREN® Untuk Diabetik Merubah Segalanya 

Gabungan Isomaltulosa dalam produk NUTREN® Untuk Diabetik telah memberikan banyak faedah kepada individu-individu yang menghidap pra-diabetes atau diabetes, terutamanya bagi mereka yang ingin menjalankan ibadat puasa pada bulan Ramadan. 

Antaranya termasuk: 

  • Isomaltulosa ialah karbohidrat yang dirembes secara perlahan ke dalam badan dan mudah dicerna dengan indeks glisemik yang rendah.
  • Ia memberikan bekalan tenaga yang seimbang dengan mengurangkan kadar turun naik paras gula dalam darah.

NUTREN® Untuk Diabetik: Kunci Untuk Mengawal Paras Gula Dengan Berkesan Pada Bulan Ramadan

NUTREN® Untuk Diabetik ialah makanan tambahan yang lazat untuk menyokong keperluan diet anda dan ia memainkan peranan penting dalam membantu anda untuk mengawal paras gula dalam darah semasa berpuasa. Sekiranya anda seorang pesakit pra-diabetes atau diabetes yang mengingini lebih banyak kawalan dan tenaga, NUTREN® Untuk Diabetik akan menjadi pemakanan tambahan yang baik untuk diet harian anda.

Diformulasikan dengan Gabungan Kawalan Glisemik eksklusif Nestle dan Isomaltulosa, resipi Indeks Glisemik dan Muatan Glisemik yang rendah ini telah dioptimumkan untuk membantu anda untuk kekal sihat sepanjang bulan Ramadan ini.

Faedah

  • Pembebasan tenaga berkepadatan tinggi yang stabil sepanjang hari jika ia dijadikan sebagai makanan untuk bersahur.
  • Kandungan karbohidrat yang lebih rendah, lalu ia cukup untuk memenuhi tahap metabolisme asas yang diperlukan.
  • Mengandungi campuran serat untuk menstabilkan paras gula dalam darah.
  • Mengandungi protein whey (air dadih) yang berkualiti tinggi untuk membantu anda membina & memperbaiki tisu badan.
  • Mengandungi campuran  asid lemak monotaktepu yang dapat mengurangkan risiko kardiovaskular.
  • Diformulasikan mengikut Garis Panduan Diabetes Antarabangsa.

Ramuan 1

Makaroni Keju Bakar bersama NUTREN® Untuk Diabetik

Sajian berbuka puasa: 1 hidangan

Bahan-bahan:

1⁄2 cawan makaroni
10g keju mozzarella
10g keju cheddar
10g keju cream
1 skup NUTREN® Untuk Diabetik (dibancuh 50 mL air)
40g Isi ayam (bahagian dada, tanpa lemak dan kulit)
1 1⁄2 sudu Teh minyak masak
Secubit garam
Secubit serbuk lada hitam

Cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C.
  2. Rebus makaroni sehingga lembut. Tos dan ketepikan
  3. Bancuh NUTREN® Untuk Diabetik dengan 50 mL air.
  4. Panaskan minyak dan masukkan isi ayam. Kacau sebentar.
  5. Masukkan NUTREN® Untuk Diabetik yang telah dibancuh. Kacau dan tambah serbuk lada hitam dan garam
  6. Masukkan keju satu persatu sambil dikacau rata supaya tidak berketul.
  7. Akhir sekali, masukkan makaroni. Gaul rata dan seimbangkan rasa.
  8. Masukkan makaroni ke dalam bekas pembakar dan bakar pada suhu 170°C selama 20-30 minit.
  9. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama sayur-sayuran.

Tips: Digalakkan menggunakan keju rendah lemak dan sodium.

Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat~2
Jumlah setiap hidangan390
Kalori
 %Nilai harian*
Jumlah lemak 17g13%
Lemak tepu 5g42%
Lemak trans 0g 
Sodium 347mg17%
Jumlah karbohidrat 37g12%
Serat 4g20%
Jumlah gula 2g 
Termasuk 0 gula tambahan6%
Protein 22g7%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Ramuan 2

Susu Kocak Semanis Kurma

Sajian snek (mini iftar): 1 hidangan

Bahan-bahan:

3 biji kurma (21 g) 3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik (dibancuh 120 ml air) Sedikit walnut

Cara penyediaan:

  1. Bancuh 3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik dengan 120 ml air.
  2. Masukkan kurma, walnut dan NUTREN® Untuk Diabetik yang telah dibancuh ke dalam pengisar. Kisar selama 30 saat.
  3. Tuang ke dalam gelas dan sejukkan.
  4. Sedia untuk diminum.
Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat ~2
Jumlah setiap hidangan 190
Kalori
%Nilai harian*
Jumlah lemak 6g 4%
Lemak tepu 0g 4%
Lemak trans 0g
Sodium 216mg 11%
Jumlah karbohidrat 27g 9%
Serat 3g 14%
Jumlah gula 13g
Termasuk 0 gula tambahan 45%
Protein 6g 2%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Ramuan 3

Nasi bersama Ikan Masak Asam Pedas dan Ulam-ulaman

Sajian berbuka puasa: 1 hidangan

Bahan-bahan:

1 ekor ikan kembung sederhana (66 g)
3 – 4 batang bendi
1 – 2 biji tomato
1 batang bunga kantan
1 keping asam keping
5 helai daun kesum
2 sudu teh minyak masak
Bahan A (dikisar)
1⁄2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang cili
1 batang serai

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan A sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan asam keping dan masak sehingga pecah minyak sekali lagi.
  4. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan kembung dan bunga kantan.
  6. Kemudian masukkan bendi, tomato dan daun kesum.
  7. Kecilkan api dan biarkan ianya mereneh sehingga sayur separuh lembut. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman.
Tips: Ikan kembung boleh digantikan dengan ikan tenggiri atau ikan pari.

Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat ~2
Jumlah setiap hidangan 340
Kalori
%Nilai harian*
Jumlah lemak 16g 12%
Lemak tepu 3g 21%
Lemak trans 0g
Sodium 61mg 3%
Jumlah karbohidrat 31g 10%
Serat 3g 17%
Jumlah gula 3g
Termasuk 0 gula tambahan 9%
Protein 19g 6%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Ramuan 4

Nasi bersama Ikan Tenggiri Panggang dan Ulam-ulaman

Sajian sahur: 1 hidangan

Bahan-bahan:

1 ketul kecil ikan tenggiri (66 g)
Bahan A (bahan perapan)
1⁄2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang cili kering
1 batang serai Serbuk kunyit
Bahan B (sambal belacan)
2 biji bawang putih
1 batang cili merah
1 batang cili hijau
1 biji limau kasturi
Sedikit belacan (dibakar)

Cara penyediaan:

Ikan panggang
  1. Kisar bahan A sehingga sebati dan lumur rata pada ikan dan perap seketika.
  2. Panggang ikan menggunakan kuali sehingga masak.
Sambal belacan
  1. Kisar semua bahan B kecuali limau kasturi sehingga lumat (ikut citarasa).
  2. Perah air limau kasturi dan masukkan sedikit gula sebagai perasa. Kacau sehingga sebati.
  3. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi beserta ikan tenggiri panggang dan ulam-ulaman.
Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat ~2
Jumlah setiap hidangan 220
Kalori
%Nilai harian*
Jumlah lemak 3g 2%
Lemak tepu 1g 4%
Lemak trans 0g
Sodium 61mg 3%
Jumlah karbohidrat 31g 10%
Serat 4g 18%
Jumlah gula 0g
Termasuk 0 gula tambahan 1%
Protein 18g 6%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Ramuan 5

Nasi bersama Ayam Panggang dan Salad Sayur-sayuran

Sajian berbuka puasa: 1 hidangan

Bahan-bahan:

80g isi ayam (bahagian dada, tanpa lemak dan kulit)
Bahan perapan
1⁄2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan perapan sehingga sebati dan lumur rata pada ayam dan perap seketika.
  2. Panggang ayam menggunakan kuali non-stick atau kuali pemanggang sehingga masak.
  3. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman.
Tips: Ayam panggang ini boleh juga dinikmati bersama-sama sambal belacan.

Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat ~2
Jumlah setiap hidangan 265
Kalori
%Nilai harian*
Jumlah lemak 7g 6%
Lemak tepu 2g 15%
Lemak trans 0g
Sodium 54mg 3%
Jumlah karbohidrat 32g 11%
Serat 6g 30%
Jumlah gula 0g
Termasuk 0 gula tambahan 10%
Protein 19g 6%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Ramuan 6

Bubur Barli Jagung

Sajian snek 1 (mini iftar): 1 hidangan

Bahan-bahan:

¼ cawan jagung
1 sudu makan barli
3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik (dibancuh dengan 120 ml air)
1 helai daun pandan

Cara penyediaan:

  1. Basuh bersih barli, kemudian rebus sehingga empuk.
  2. Bancuh 3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik dengan 120 ml air.
  3. Masukkan jagung, NUTREN® Untuk Diabetik yang telah dibancuh dan daun pandan ke dalam periuk dan kacau sehingga masak.
  4. Masak sehingga pekat dan jagungnya masak.
  5. Setelah masak, boleh diangkat dan sedia untuk dihidang.
Tips: Sedikit biji sagu mata ikan boleh ditambah bagi memekatkan bubur.

Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat ~2
Jumlah setiap hidangan 205
Kalori
%Nilai harian*
Jumlah lemak 6g 5%
Lemak tepu 0g 4%
Lemak trans 0g
Sodium 216mg 11%
Jumlah karbohidrat 28g 9%
Serat 3g 15%
Jumlah gula 0g
Termasuk 0 gula tambahan 0%
Protein 8g 3%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Ramuan 7

Dadih NUTREN® Untuk Diabetik

Sajian snek 2 (moreh): 1 hidangan

Bahan-bahan:

30g serbuk dadih (mengikut perisa pilihan)
3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik (dibancuh dengan 120 ml air)
50ml air

Cara penyediaan:

  1. Bancuh 3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik dengan 120 ml air.
  2. Masukkan serbuk dadih dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga serbuk dadih larut.
  3. Kemudian masukkan NUTREN® Untuk Diabetik yang telah dibancuh dan masak sehingga mendidih.
  4. Tuangkan dadih ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
  5. Sedia untuk dihidang dan dimakan.
Tips: NUTREN® Untuk Diabetik boleh ditapis terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam serbuk dadih.

Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat ~2
Jumlah setiap hidangan 190
Kalori
%Nilai harian*
Jumlah lemak 6g 4%
Lemak tepu 0g 4%
Lemak trans 0g
Sodium 311mg 16%
Jumlah karbohidrat 28g 9%
Serat 2g 12%
Jumlah gula 15g
Termasuk 0 gula tambahan 50%
Protein 6g 2%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Ramuan 8

Overnight Oats

Sajian sahur: 1 hidangan

Bahan-bahan:

3 sudu makan oat mentah
4 biji beri biru (25 g)
1 biji kurma (7 g)
¼ biji kiwi (25 g)
3 biji strawberi (50 g)
3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik (dibancuh dengan 120 ml air)
Sedikit kacang badam
¼ cawan kacang merah lenyek

Cara penyediaan:

  1. Bancuh 3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik dengan 120 ml air.
  2. Masukkan oat ke dalam NUTREN® Untuk Diabetik dan digaul rata.
  3. Masukkan bancuhan oat dan NUTREN® Untuk Diabetik yang telah digaul rata ke dalam bekas (separuh bekas).
  4. Potong buah-buahan kepada potongan kecil dan masukkan buah-buahan yang telah dipotong ke dalam bekas.
  5. Masukkan baki bancuhan oat dan NUTREN® Untuk Diabetik ke dalam bekas sehingga penuh.
  6. Tutupkan bekas dan sejukkan di dalam chiller semalaman.
  7. Taburkan sedikit kacang badam. Sedia untuk dihidang dan dimakan bersama kacang merah lenyek.
Tips: Boleh digantikan dengan buah-buahan lain yang dirasakan sesuai.

Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat ~3.5
Jumlah setiap hidangan 330
Kalori
%Nilai harian*
Jumlah lemak 7g 5%
Lemak tepu 1g 4%
Lemak trans 0g
Sodium 428mg 21%
Jumlah karbohidrat 55g 18%
Serat 6g 28%
Jumlah gula 19g
Termasuk 0 gula tambahan 63%
Protein 11g 4%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Ramuan 9

Bijirin Penuh Sarapan Pagi bersama NUTREN® Untuk Diabetik

Sajian sahur: 1 hidangan

Bahan-bahan:

1 cawan bijirin penuh sarapan pagi
3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik (dibancuh dengan 120 ml air)

Cara penyediaan:

  1. Bancuh 3.5 skup NUTREN® Untuk Diabetik dengan 120 ml air. Tuang ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan bijirin penuh sarapan pagi kesukaan anda ke dalam mangkuk.
  3. Sedia untuk dihidang.
Tips: Digalakkan menggunakan bijirin penuh sarapan pagi.

Maklumat Pemakanan
Pertukaran karbohidrat ~3
Jumlah setiap hidangan 260
Kalori
%Nilai harian*
Jumlah lemak 6g 4%
Lemak tepu 1g 6%
Lemak trans 0g
Sodium 436mg 22%
Jumlah karbohidrat 43g 14%
Serat 3g 16%
Jumlah gula 14g
Termasuk 0 gula tambahan 45%
Protein 7g 2%
*Nilai Harian% (DV) ini memberitahu anda berapa banyak nutrien dalam makanan yang menyumbang kepada diet harian.

Perlukan Bantuan?

Jika anda perlukan maklumat yang selanjut tentang nasihat pemakanan semasa bulan Ramadan atau Formula Khusus Diabetes, sila klik butang di bawah untuk tempah sesi rundingan percuma dengan ahli farmasi Caring yang berdekatan anda!

Jangan risau! Kami bersedia memberi layanan kepada anda.

Sekiranya anda sudah berunding dengan Pegawai Farmasi Caring dan kemudian anda mempunyai sebarang soalan yang lain, sila hubungi talian perunding Jom Kurang Manis kami di 1-800-88-3433. Isnin hingga Jumaat antara pukul 10:00 pagi hingga 6:30 petang.
Powered by: